Kurus dengan Cepat ? Ini 5 tips tanpa Senam

Kurus dengan cepat tanpa senam pastinya menjadi pilihan ramai wanita di masa kini. Kesibukan bekerja, ditambah lagi urusan rumah tangga, pasti ramai enggan meluangkan lebih masa bersenam. Alangkah seronoknya jika berjaya capai berat badan ideal hanya dengan mengubah sedikit aktiviti harian kita?

Jom lihat 5 tips untuk mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan dengan cepat, tanpa perlu bersenam!

1. Kuruskan badan dengan makanan yang tepat

Semua orang mesti berminat untuk memiliki bentuk badan yang bagus seperti artis-artis dalam filem atau tv. Kebanyakan orang akan beranggapan mempunyai badan yang bagus itu mahal dan mengambil masa yang lama. Malah, ia tidak selalunya benar. Pemilihan makanan yang terbaik setiap hari adalah lebih berkesan daripada bersenam. Lebih-lebih lagi jika sememangnya bukan seorang yang aktif dan tidak berniat nak berubah drastik.

Pemilihan makanan rendah kalori, tinggi serat amat penting. Anda cuma membuat sedikit pembacaan tentang kalori makanan. Masukkan ilmu tersebut semasa merancang makanan anda. Ini akan merubah cara anda masak dan makan. Ramai wanita berjaya mengurangkan berat badan mereka dengan hanya merubah cara masakan mereka.

kaki wanita kurus menimbang berat badan

2. Makan secara teratur

Secara teratur mengurangkan makanan bergula dan berlemak merupakan cara yang terbaik untuk anda mengurangkan berat badan. Jangan mengambil snack manis atau makanan berkalori tinggi semasa berbuka puasa dan jangan makan terlalu banyak. Jika anda ingin mengekalkan berat badan yang sihat dan memiliki bentuk badan yang anda inginkan, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergula dan berlemak. Anda boleh menggantikan makanan yang mengelirukan dengan makanan seimbang yang berguna untuk meningkatkan metabolisma. Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, dan daging merupakan cara terbaik untuk memanjangkan masa berbuka puasa anda.

merancang makanan agar dapat kurus dengan cepat

3. Minum air putih yang cukup bantu kurus dengan cepat

Ramai memandang rendah poin ini. Namun tahukah anda, minum air putih yang cukup sangat penting dalam penjagaan berat badan? Air putih mempunyai kesan detox, iaitu menyingkirkan toksik dan bahan-bahan buangan dalam badan. Minum air putih secara konsisten akan menggalakan sistem pencernaan berjalan lancar. Selain itu, kekerapan minum air putih akan menyebabkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar. Jika anda berasa lapar, cuba untuk minum air kosong segelas dahulu. Biasanya rasa lapar itu akan hilang dengan sendiri.

Anda sedang menyusukan anak? Anda pasti berminat nak tahu ni; Tips Ibu Menyusu Kurus Dengan Cepat, Tanpa Jejaskan Berat Bayi

4. Perbanyakkan aktiviti fizikal

Walaupun anda tidak perlu bersenam, namun tidak menjadi kesalahan untuk anda perbanyakan aktiviti fizikal seharian anda. Sebagai contoh, memilih untuk menaiki tangga dan bukannya lif. Parking jauh sedikit dari pintu masuk untuk menambah bilangan langkah seharian anda. Jadikan habit berjalan di pasaraya. Tahukah anda berjalan kaki selama 30 minit boleh membakar 100-300 kalori?

5. Elakkan makanan penuh gula bantu kurus dengan cepat

Makan adalah sangat penting untuk mengekalkan badan anda dalam bentuk yang sempurna. Anda perlu mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, roti dan bijirin agar anda mendapat nutrien yang secukupnya. Sekiranya anda mengalami kekurangan tenaga, pastikan anda makan secukupnya gula. Makan gula yang bersesuaian dengan keperluan anda akan membantu anda mengekalkan bentuk badan ideal anda. Namun gula yang dimaksudkan bukanlah gula putih. Gula yang terbaik adalah yang memberikan anda tenaga tapi tidak meningkatkan paras gula dalam darah anda dengan mendadak. Set kurus Shaklee amat mementingkan aspek ini. Mengawal paras gula dalam darah amat penting dalam mengawal berat badan anda.

Anda juga boleh mencuba makan makanan yang mengandungi makronutrien yang tepat sebelum dan selepas setiap aktiviti fizikal anda. Kebiasaannya, makanan yang mengandungi protein dan serat memberi tenaga kepada anda untuk aktiviti fizikal anda. Makanan ini juga membantu anda untuk membentuk jisim otot tanpa banyak kehilangan lemak. Rancang dan pilih pemakanan anda

Kesimpulannya, anda boleh kurus dengan cepat tanpa perlu bersenam. Bahkan lebih baik lagi kerana ini anda mengubah gaya hidup anda menjadi lebih sihat tanpa ada perubahan drastik. Kebiasaannya amat sukar untuk melakukan perubahan drastik, kerana itu ramai yang gagal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *