Masih ragu-ragu nak memulakan business online? Tahukah anda, pada tahun 2022, sekurang-kurangnya 75% daripada pembeli, membeli di atas talian, sekurang-kurangnya sekali sebulan. Jualan atas talian di Malaysia mencecah sehingga RM38.2 billion pada tahun yang sama. Bayangkan anda dapat 1% sahaja daripada jumlah ini. Masih ragu-ragu nak mulakan business online?
Business online semakin berkembang pesat dan menjadi semakin popular dalam era digital ini. Pelbagai platform disediakan. Ini termasuklah sosial media seperti facebook, instagram dan tiktok. Ataupun laman e-dagang seperti shopee, lazada, lelong, zalora dan banyak lagi. Pilihan anda amat banyak dah tidak terhad sama sekali.
Bagi anda yang baru nak memulakan perniagaan atas talian, pasti pening nak mula dari mana. Paling mudah adalah menjadi dropship atau ejen kepada produk yang stabil di pasaran. Stabil kerana kita nakkan perniagaan yang kita bina berpanjangan sehingga ke anak cucu.
Jom lihat 5 (lima) tips yang boleh anda ambil kira untuk memulakan business online anda.
Pilih produk yang tepat asas business online berjaya
Pertama sekali, anda perlu memilih produk yang tepat untuk dijual atas talian. Pastikan produk yang anda pilih mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran dan mempunyai potensi untuk menghasilkan keuntungan. Salah satu indikator adalah adakah produk tersebut telah lama berada di pasaran. Jika ya, ini bermakna produk tersebut stabil dan sentiasa ada permintaan. Jika anda seorang yang nakkan untung cepat dalam jangka masa pendek, boleh pilih produk viral. Produk viral biasanya meletup sekali kemudian hilang digantikan oleh produk lain pula. Selain itu, pastikan juga produk yang anda pilih mudah diuruskan dan dihantar kepada pelanggan. Walaupun pada awalnya anda merancang untuk tidak memegang stok, namun dalam jangka masa panjang, mungkin anda mengubah fikiran. Tambah-tambah lagi sekiranya empayar perniagaan anda semakin besar dan anda perlu menguruskan penghantaran produk sendiri. Anda perlu berfikiran jauh ke depan.
Membina tapak web yang baik
Walaupun anda teruja melihat jutawan-jutawan segera di media sosial, jadilah bijak. Pilih platform yang stabil dan bukannya boleh hilang semalaman. Boleh fokus pada media sosial seperti facebook namun pastikan juga anda ada tapak web sendiri. Ramai memandang enteng ini dan akhirnya menggigit jari apabila facebook page yang dah 10 ribu follower dihilangkan oleh facebook sendiri.Bertambah parah apabila anda tidak menyimpan database anda. Umpama hilang sehelai sepinggang sekelip mata.
Boleh bermula dengan penulisan blog. Kongsikan tentang produk dan servis anda. Nyatakan blog anda di sosial media. Melalui cara ini, anda boleh mengumpul follower anda bukan sahaja di sosial media tetapi juga Jika anda bukan seorang yang tech-savvy, pilih platform mudah dan percuma seperti blogspot dan wordpress. Seiring dengan kejayaan perniagaan anda, bolehlah anda kembangkan laman web anda agar lebih cantik dan mampu menarik lebih ramai pembeli. Pastikan ia mudah dinavigasi dan mempunyai reka bentuk yang menarik. Pastikan juga ia mempunyai kandungan yang berkualiti dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai produk anda.
Tapak web anda akan menjadi pusat perniagaan atas talian anda, jadi pastikan ia dibina dengan baik. Pastikan ia mudah dinavigasi dan mempunyai reka bentuk yang menarik. Pastikan juga ia mempunyai kandungan yang berkualiti dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai produk anda.
Promosi yang berkesan pertahankan business online anda
Perasan tak, syarikat gergasi antarabangsa berterusan mempromosikan produk mereka sepanjang tahun selama berpuluh tahun? Walaupun mereka adalah syarikat bernilai berbillion ringgit, mereka tak pernah mengabaikan promosi. Begitu jugalah dengan kita. Tanpa mengira betapa kecil perniagaan kita, promosi berkesan akan mempunyai kesan yang positif terhadap penjualan produk. Tiada promosi, tiadalah jualan.

Di zaman ini, terdapat pelbagai medium boleh anda gunakan. Gunakan media sosial, iklan Facebook dan Google, serta platform pengiklanan lain untuk mempromosikan produk anda. Sebagai permulaan, pilih satu hingga dua platform sahaja dahulu. Kuasai platform tersebut sepenuhnya sebelum kembangkan ke platform lain pula.
Berikan layanan pelanggan yang terbaik
Layanan pelanggan adalah penting dalam perniagaan atas talian. Pastikan anda memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan anda. Sediakan cara mudah untuk pelanggan berhubung dengan anda, seperti melalui e-mel, talian telefon atau live chat. Pastikan juga anda merespon permintaan pelanggan dengan cepat dan berikan penyelesaian yang memuaskan kepada pelanggan.
Meningkatkan pengalaman pelanggan
Pengalaman pelanggan adalah penting dalam memastikan kejayaan perniagaan atas talian anda. Pastikan pengalaman pembelian produk anda adalah positif dan mudah. Sediakan pilihan pembayaran yang mudah dan pantas, serta jangan lupa untuk memberikan penghantaran yang pantas dan berkualiti tinggi.
Business online berjaya
Dengan mengikuti tips ini, anda akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan atas talian anda. Pastikan anda sentiasa memperbaharui diri dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran dan teknologi untuk memastikan kejayaan perniagaan atas talian anda.
Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023