
Afiela Khan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang Fiela hormati. Ini ruangan ABOUT untuk Fiela perkenalkan diri sebagai pengedar Shaklee Langkawi. Terlebih dahulu Fiela ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan cikpuan sekalian untuk membaca di ruangan blog Fiela.
(Hotline Pengedar Shaklee 011-3522 8059 atau direct Whatsapp Pengedar Vivix Shaklee www.wasap.my/601135228059)
Pengedar Shaklee Langkawi Newbie Lagi
Saya Afiela, berusia 37 tahun pada 2023 dan merupakan seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak soleh dan sihat. Dilahirkan di Miri, Sarawak, dibesarkan di Kuching sehinggalah menyambung pelajaran di UNIMAS dan kemudiannya Tokai University Japan.
Fiela mula belajar berniaga di atas talian sejak kelahiran anak sulung. Keinginan menyediakan keperluan secukupnya untuk anak membuatkan Fiela berani mencuba bidang baru. Ketika itu Fiela masih lagi bekerja sebagai Pensyarah di UNIMAS. Lahirnya anak kedua, hati semakin berat meninggalkan kedua anak bersama pengasuh. Akhirnya Fiela berhenti bekerja dan memulakan alam surirumah sepenuh masa.
Ketika itu Fiela sememangnya berniaga atas talian. Fokus kepada produk kecantikan. Alhamdulillah. Jualan tertinggi fiela ketika itu adalah sebanyak RM10k dalam masa 3 hari sahaja. Kejayaan demi kejayaan dikecapi hinggalah Fiela membuat keputusan meninggalkan syarikat tersebut atas sebab-sebab tersendiri. Sejak itu bermulalah sesi mencuba dan gagal dan cuba lagi terhadap pelbagai produk lain. Kelemahan atau kelebihan Fiela adalah, Fiela perlu jatuh cinta dengan produk di jual. Fiela guna, suka dan kongsikan dengan anda.
Akhirnya setelah bertahun cuba gagal cuba lagi, Fiela akhirnya mengambil keputusan menyertai Shaklee. Sebab utama ketika itu? Shaklee syarikat antarabangsa yang dah berpuluh tahun di pasaran. Pastinya Shaklee punyai keunikan sendiri bukan?
Rezeki pertama
Bertuahnya fiela, minggu pertama sertai Shaklee, Fiela berpeluang menyertai kelas nutrisi dan kesihatan. Hasil kajian saintifik ke atas Shaklee yang dikongsikan dalam kelas tersebut buatkan Fiela semakin jatuh hati. Selama ini sememangnya amal Shaklee namun tidak pernah terdedah kepada betapa Shaklee mementingkan kualiti produk sehingga ada The Telomere study! Terbeliak mata fiela sebab walau sebagai bekas pensyarah bioteknologi, fiela tak pernah tahu Shaklee sanggup meluangkan wang untuk kajian saintifik begitu mendalam hingga ke genetik manusia.
Sejak itu , Fiela memang terpaut. Rezeki juga terpilih menyertai Projek Megablog Shaklee. Paling bertuah kerana projek ini mengumpul bloggers Shaklee yang cintakan ilmu dan pengetahuan berasaskan sains dan sunnah. Bukan cakap-cakap saja ya. Insya allah begitu banyak dapat fiela belajar dari komuniti Projek Megablog ini.
Perjalanan Shaklee Fiela baru bermula. Masih banyak peluang dan rewards harus diterokai. Namun alhamdulillah, one foot in. Sekarang hanya perlu melangkah dan melangkah terus. Semoga anda juga ditemukan dengan peluang sebegini.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Fiela tentang pertemuan Fiela dan Shaklee.
Insya Allah kita jumpa lagi dalam tulisan fiela tentang Shaklee pula.