Doa bagus untuk wanita : Rahsia kekal tenang

Sebagai ibu, tambahan pula anak-anak masih kecil dan memerlukan banyak perhatian, adakalanya mencabar kewarasan minda. Tidak sedikit wanita mengalami tekanan perasaan. Ada juga sehingga memerlukan ubat serta rawata profesional. Ketahuilah, doa adalah senjata utama kita sebagai umat Islam. Jadi mengapa tidak amalkan beberapa doa bagus untuk wanita agar hati kekal tenang?

Doa bagus untuk wanita

Amalan seorang ibu

Baru-baru ini terjumpa coretan ini di facebook. Tips dikongsikan oleh seorang ibu juga seperti kita.

1. Bangunlah seawal pagi. Kemas tempat tidur kita. Ini disiplin diri yang utama. Lepas tu segeralah mandi. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan. Amalkan berterusan mandi pagi ini.

2. Buatlah solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah ruang ekslusif kita dengan Allah. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Moga Allah tunaikan hajat kita yang sangat banyak. Usah jemu meminta dia dalam tahajjud.

3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran. Mula-mula berat juga, lama-lama dah jadi kebiasaan bagi yang konsistent. Sehingga Al Quran mendasari hidup kita. Cahaya peneman hidup.

4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin ini terlalu banyak manfaatnya. Bukan hanya dibaca pada malam Jumaat. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi. Alhamdulillah tanpa gagal kami membaca Yassin dalam Kelab 7 Pagi setiap hari. Alhamdulillah

5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya. Sedekah Subuh diagihkan kepada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal, orang-orang miskin dan seumpamanya.

6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.

7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka. Jika mak ayah kita telah tiada, telefonlah orang yang disayangi ibu ayah kita. Mungkin adik beradik ibu ayah kita.

8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.

9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah

10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.

11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Apa lagi pada usia yang semakin meningkat seperti saya ini.

12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Hati kita milik Allah. Mudah berubah. Sekejap begitu sekejap begini. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka. Menasihati diri sendiri adalah cara yang paling yang paling baik sekali.

13. Cari ilmu jangan jemu. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda buruk pada orang lain. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya. Saya banyak mengikuti kelas kelas pengajian di sana sini secara offline juga.

14. Saya suka bersilaturrahim. Berjumpa orang baru sangat banyak membahagiakan kita. Caribrakan-rakan yang baik dan panjangkan ikatan persaudaraan. Bisnes saya adalah bisnes silaturrahim. Bertukar ilmu, semanagat dan ilmu.

15. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah

16. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanita yang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Lumrah wanita, hati mudah gusar resah gelisah

Memang terasa macam beban kadang-kadang ni, kan? Tapi percayalah, dalam doa lah ada ketenangan. Bila kita luahkan apa yang kita rasa dekat Allah, hati kita pun jadi lebih ringan. Allah tu Maha Mendengar, tau. Dia takkan biarkan kita terkapai-kapai tanpa arah.

Jadi, kalau tengah down, jangan segan-segan nak bercakap dengan Allah. Tak kira lah dalam keadaan apa pun, Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebab tu ada doa-doa yang boleh kita amalkan untuk atasi semua perasaan tak stabil ni.

Ingat, hidup ni memang penuh dengan cabaran. Tapi cabaran tu bukan nak hancurkan kita, tapi nak bentuk kita jadi lebih kuat. Jadi, walaupun kadang-kadang rasa macam nak putus asa, ingatlah yang Allah takkan uji kita lebih daripada yang kita mampu tanggung.

Jadi, bila hati rasa berat, bila emosi tak stabil, ingatlah yang Allah sentiasa ada. Dia yang boleh redakan perasaan takut, sedih, dan gelisah tu. Jadi, selalu lah bercakap dengan-Nya dan jangan malu minta tolong pada-Nya. Antaranya termasuklah berdoa.

Doa bagus untuk wanita

Seluruh ayat al-Quran dan doa sememangnya dapat memberi ketenangan. Berikut merupakan 4 bacaan doa termasuk 3 daripadanya adalah untuk ketenangan hati.

1. Doa agar hati tenang

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.

Ertinya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

2. Doa agar hati tenang (Al Baqarah 250)

Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin.

Ertinya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

3. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)

Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.

Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”

Begitulah doa agar hati kekal tenang. Tambahan pula saat menghadapi pelbagai fikiran negatif setiap hari. Amalkan doa dan juga pelbagai aktiviti tadi agar hati kekal tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *