Coenzyme Q10 : ‘sumber’ tenaga yang dilupakan

Pernah tak lepas makan, anda berasa bertambah letih dan lemau. Sedangkan, secara teorinya, makanan memberi kita tenaga. Berbeza pula dengan anak kita yang sihat, lepas makan, lincah mereka semacam. Bukankah sepatutnya kita juga begitu? Bertenaga selepas makan? Kenapa bila semakin berumur, makan lah apa pun, tenaga tu antara nak tak nak je datang. Apa peranan coenzyme q10 yang sering kita abaikan?

Jom telusuri peranan Coenzyme Q10 (CoQ10) dalam penghasilan tenaga dalam badan kita. Sama-sama kita timba pengetahuan tentang molekul kecil yang penting ini dan bagaimana ia menyokong kehidupan kita dengan memberi tenaga kepada setiap sel dalam tubuh kita.

Mengenali struktur badan

Sebelum kita lihat apa itu coenzyme Q10, lihat dulu struktur badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada pelbagai organ dalaman termasuklah paru-paru, jantung, hati, perut, usus dan pundi kencing. Setiap organ ini terbina oleh tisu. Tisu pula terdiri daripada jutaan sel. Sel adalah unit paling asas dalam setiap organisma hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.

contoh organ dalaman manusia yang utama.

Di dalam setiap unit sel, terkandung beberapa komponen termasuklah mitokondria. Mitokondria adalah ‘kilang tenaga’ sel. Mitokondria bertanggungjawab menukar makanan yang kita makan ke dalam bentuk tenaga yang boleh digunakan oleh sel. Iaitu ATP. Umpama kereta memerlukan minyak untuk bergerak, sel memerlukan ATP (adenosine triphosphate) untuk menjalankan fungsinya. Apa pula Coenzyme Q10?

Apa itu coenzyme Q10?

CoQ10 merupakan sejenis antioksidan yang ditemui secara semula jadi dalam tubuh manusia. Ia juga dikenali sebagai ubiquinone kerana ia wujud di dalam hampir setiap sel tubuh manusia. Tahukah anda? Perkataan ubiquinone berasaskan dari perkataan ‘ubiquitous’, yang membawa maksud berada di semua tempat.

Fungsi utama Coenzyme Q10 adalah untuk menyokong proses penghasilan ATP itu tadi. Ingat lagi perumpamaan minyak untuk kereta dan ATP untuk sel tadi?

Proses Penghasilan Tenaga

Untuk memahami peranan CoQ10 dalam penghasilan tenaga, mari kita terangkan proses ini secara ringkas. Penghasilan tenaga berlaku dalam mitokondria. Mitokondria adalah ‘kilang tenaga’ sel atau struktur yang menghasilkan tenaga dalam sel. CoQ10 pula berperanan sebagai ‘pengangkutan’ dalam proses penghasilan tenaga itu tadi.

peranan Coenzyme Q10 dalam mitokondria
Coenzyme 10 berperanan sebagai ‘pengangkutan’ yang mengerakkan food molecule sepanjang mitokondria. Perjalanan ini merupakan perjalanan menghasilkan tenaga ATP daripada food molekul (molekul makanan).

Secara spesifiknya, apabila makanan yang kita ambil dipecahkan menjadi glukosa melalui proses metabolisma, glukosa akan dibakar dalam respirasi selular menggunakan oksigen. Dalam proses ini, elektron dilepaskan, dan inilah titik permulaan rangkaian pengangkut elektron. Rangkaian pengangkut elektron inilah sebahagian daripada proses penghasilan tenaga ATP. CoQ10 membantu dalam memindahkan elektron melalui kompleks protein dalam rantai pengangkut elektron.

Peranan CoQ10 dalam Memindahkan Elektron

CoQ10 bertindak sebagai “pengangkut” elektron yang membantu membawa elektron yang telah dilepaskan dari molekul glukosa melalui rantai pengangkut elektron. CoQ10 berubah bentuk menjadi ubiquinol dan membawa elektron yang telah “dicuri” daripada glukosa oleh kompleks protein pertama dalam rantai pengangkut elektron. Elektron kemudian dipindahkan melalui kompleks protein lain dalam rantai, menghasilkan tenaga yang berguna dalam bentuk ATP.

Kekuatan Antioksidan Coenzyme Q10

Peranan Coenzyme Q10 atau CoQ10 sebagai antioksidan juga merupakan elemen yang penting dalam penghasilan tenaga. Selain membantu dalam pengangkutan elektron, CoQ10 bertindak sebagai penangkap radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan kerosakan oksidatif. Dengan menangkap radikal bebas, CoQ10 membantu melindungi mitokondria daripada kerosakan oksidatif dan menjaga kelancaran proses penghasilan tenaga.

fungsi coenzyme q10

Kesan Keadaan Kesihatan Terhadap Coenzyme Q10

Kekurangan CoQ10 dalam tubuh manusia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti keletihan kronik, masalah jantung, dan gangguan neurologi. Kajian menunjukkan bahawa tahap CoQ10 dalam tubuh cenderung menurun dengan usia, dan ini mungkin berkaitan dengan penuaan dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan umur.

Carta menunjukkan penghasilan CoQ10 oleh tubuh badan manusia. Perhatikan, penghasilan adalah semakin menurun bermula usia 20 tahun.

Sumber Makanan Coenzyme Q10

Untuk memastikan tahap CoQ10 yang mencukupi dalam tubuh, penting untuk memasukkan makanan yang kaya dengan CoQ10 dalam diet harian. Makanan yang mengandungi CoQ10 termasuk salmon, tuna, hati ayam, bayam, kacang, dan bijirin. Namun berapa banyak yang anda perlukan untuk memastikan mencukupi?

Anda memerlukan 100mg CoQ10 setiap hari. Ini adalah contoh kandungan CoQ10 dalam pemakanan harian kita. Adakah ia mencukupi?

Tahukah anda, anda boleh mengambil suplemen Coenzyme Q10?

Namun jika anda mempunyai sebarang penyakit, pastikan anda rujuk dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang suplemen. Ibu mengandung dan ibu menyusukan anak juga dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen.

Coenzyme Q10 kini muncul dalam bentuk tablet dan amat mudah didapati. Nakkan suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan?

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Sempurna untuk keperluan harian anda. Penambahan resveratrol dan tokoferol meningkatkan lagi kesan antioksida pada sel badan anda.

suplemen coenzyme q10
Nutritional facts CoQ-Trol Plus

Koleksi Testimoni CoQ-Trol Plus Shaklee Untuk Tenaga

testimoni coq-trol plus

Kesimpulannya

Dalam penutup, CoQ10 merupakan elemen penting dalam penghasilan tenaga dalam tubuh manusia. Sebagai pengangkut elektron dan antioksidan, CoQ10 membantu dalam menghasilkan ATP dan melindungi sel dari kerosakan oksidatif. Dengan memahami peranan CoQ10, kita dapat mengambil langkah untuk menjaga kesihatan tubuh dan meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan untuk gaya hidup yang sihat dan bertenaga.

Anda memerlukan suplemen coenzyme q10? jom wasap fiela untuk dapatkan konsultasi percuma. Klik sini www.wasap.my/601135228059/coq-trolplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *