Dalam industri penjagaan kesihatan, terdapat pelbagai produk suplemen yang menawarkan manfaat kesihatan yang berbeza. Dua produk popular yang sering dibandingkan adalah Vivix dan ResV Shaklee. Apakah beza Vivix dan ResV?

Sebelum itu jom lihat persamaan Vivix dan ResV Shaklee. Keduanya adalah campuran eksklusif yang mengandungi polyphenol daripada campuran anggur merah muscadine dan ekstrak Polygonum cuspidatum. Ia terkenal dengan kandungan resveratrol yang tinggi. Resveratrol adalah antioksidan kuat yang membantu melambatkan penuaan sel-sel dalam badan. Ia juga mempunyai keupayaan melawan radikal bebas dalam tubuh.
Tahukah anda bahawa kebanyakan penyakit kronik sekarang disebabkan oleh keradangan atau inflammation? Depression, kanser, penyakit kardiovaskular, obesiti, diabetes, dementia, alergi, asma, lelah yang kronik, autoimmune disease. Semua ini adalah contoh penyakit yang disebabkan keradangan. Antara punca keradangan adalah pemakanan tidak seimbang. Namun melalui makanan juga kita jumpa penawar. Antioksida adalah bahan yang mampu meneutralkan radikal bebas dalam tubuh. Ini seterusnya mengurangkan keradangan dan implikasi penyakit-penyakit disebut tadi.
Antioksida yang kuat
Vivix dan ResV Shaklee mengandungi 10 kali ganda lebih banyak resveratrol berbanding anggur merah biasa. Makanan berwarna semulajadi biasanya mengandungi antioksida yang sangat bermanfaat pada badan. Sebanyak 25 ribu lebih phytochemical merupakan bahan anti-keradangan yang sangat bermanfaat.
Phytochemical dalam bahasa mudahnya adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuhan. Biasanya bertujuan membantu tumbuhan tersebut melawan jangkitan virus, kulat dan bakteria. Phytochemical juga membantu melindungi tumbuhan tersebut daripada dimakan serangga dan haiwan lain.
Berbeza pula dengan manusia. Hasil kajian saintifik, phytochemical adalah sangat bermanfaat kepada manusia. Resveratrol merupakan sejenis phytochemical. Anggur merah muscadine menghasilkan resveratrol yang sangat berkualiti tinggi. Inilah yang kita perolehi daripada Vivix dan ResV.
Resveratrol juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Kajian menunjukkan resveratrol terbukti mengurangkan peradangan dan memperbaiki fungsi pembuluh darah, membantu menjaga kesihatan jantung yang optimum.
Beza Vivix dan ResV
Perbezaan Vivix dan ResV bermula dari ramuannya lagi. ResV mengandungi 13 kali ganda polifenol berbanding Vivix, 10 kali ganda. Keduanya adalah campuran botani polifenol dan hanya mengandungi ramuan tumbuhan yang semulajadi, selamat dan berkesan.
Vivix mengandungi 4 bahan premium iaitu Muscadine Grape, Japanese Knotweed, European Elderberry dan purple carrot. Manakala ResV mengandungi Muscadine Grape, Japanese Knotweed, Purple Carrot, Chebulic Myrobalan, pomegranate, blackcurrent dan grape pomace.

Keduanya turut berbeza kerana vivix adalah dalam bentuk cecair manakala resv dalam bentuk softgel. Cara makan? Vivix 1 sudu teh setiap hari manakala resV pula 2 softgel setiap hari. Keduanya didatangkan dalam botol kaca premium yang sangat sedap mata memandang. Warna vivix dan resv adalah semulajadi dari bahan campuran botani.
Keduanya juga tidak mengandungi bahan pengawet tiruan dan gula tambahan. Inilah sebabnya ramai pesakit diabetes juga amat menggemarkan vivix dan resv. Mereka boleh mengamalkannya tanpa risau.


Adakah anda memerlukan vivix? Nak tahu siapa sebenarnya memerlukan vivix? Jom rujuk sini siapa perlukan vivix shaklee.
Nak dapatkan vivix atau resV? jom hubungi fiela sekarang. www.wasap.my/601135228059/resvivix