Sejak kewujudan Shaklee 100 tahun yang lalu, wajar dikatakan Vivix merupakan pencapaian pemakanan Shaklee yang paling mengagumkan. Tidak keterlaluan jika dikatakan Vivix lah rahsia ramai pengamal Shaklee kekal awet muda. Layari saja facebook pengedar Shaklee yang telah puluhan tahun bersama Shaklee. Anda akan perasan kebanyakan mereka tampil sihat dan muda. Namun apa rahsia awet muda dengan polifenol Shaklee?

Shaklee mencipta multivitamin pertama, serbuk protein pertama, Vitamin C sustained-released semula jadi yang pertama. Ini hanyalah antara pencapaian Shaklee. Selain itu Shaklee telah menjalankan lebih 100 kajian klinikal, diterbitkan dalam jurnal perubatan. Shaklee juga merupakan suplemen pilihan ramai atlit profesional seluruh dunia. Tahukah anda Shaklee mempunyai Shaklee Pure Performance Team. Mereka merupakan sekumpulan atlet profesional yang mengamalkan Shaklee sepenuhnya tanpa suplemen lain. Sepanjang kewujudan, bersama-sama mereka telah memenangi 146 pingat emas, perak dan gangsa!
Bagaimana polifenol berfungsi membantu awet muda?
Jom belajar sel badan manusia seketika. Sel sentiasa rosak akibat pendedahan alam sekitar kepada sinaran UV (matahari) dan toksin. Diet pemakanan tidak seimbang dan tekanan dalam hidup juga mempercepatkan lagi penuaan sel-sel kita. Bahkan, pemakanan kita ada kalanya menyumbang kepada pembentukan radikal bebas. Radikal bebas dalam badan boleh merosakan komponen sel termasuklah DNA. Ini mencetuskan tindak balas keradangan (inflammation) dari masa ke masa. Maka sel anda semakin cepat tua dan rosak.

Renung kembali bagaimana wajah seorang tua yang bekerja di sawah padi? Seharian terdedah kepada sinaran uv. Renung pula wajah seorang tua yang bekerja di pejabat. Paling ketara adalah tahap kesihatan kulit mereka. Mereka yang terdedah kepada sinaran uv sepanjang hari akan mengalami kulit kusam, berkedut dan jeragat teruk berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Ini kerana uv bukan sahaja merosakkan kulit tetapi jugak menyebabkan kematian sel yang lebih pantas. Begitulah yang terjadi kepada organ dalaman kita apabila kerapkali terdedah kepada pencemaran dan toksin.
Kebanyakan penyakit adalah disebabkan inflammation. Penyakit seperti rheumatoid arthritis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, inflammatory bowel disease, asma, diabetes type 2, Parkinson dan pelbagai kanser. Bahkan, penyakit mental termasuklah depresi juga boleh disebabkan oleh inflammation yang berlaku dalam badan.
Saintis Shaklee mencipta Vivix untuk membantu mengekalkan sel-sel kekal sihat dan kuat.
Apa itu Vivix?
Vivix adalah campuran botani proprietary Shaklee berasaskan anggur Muscadine. Anggur ini amat jarang ditemui namun amat berkhasiat. Anggur Muscadine mengandungi pelengkap penuh polifenol (antioksidan kuat). Istimewanya muscadine ini, mengandungi lebih satu kromosom berbanding anggur-anggur lain. Kulitnya dan bijinya lebih tebal dah besar membekalkan antioksida yang kuat.
Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan tinggi asid elagic dan ellagitannins. Ini digabungkan pula dengan polifenol lian, dan resveratrol, menghasilkan campuran yang amat tinggi antioksida. Shaklee memanfaatkan kuasa anggur muscadine dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten yang memekatkan dan memelihara polifenol bioaktif. Hasilnya ialah Vivix 13x lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja dalam memperlahankan mekanisme utama penuaan selular.

Khasiat Vivix
Disokong oleh enam paten, ramuan utama dalam Vivix ditunjukkan secara klinikal untuk:
Bantu Lindungi dan Baiki DNA anda. Kerosakan DNA boleh mencetuskan tindak balas keradangan pada orang yang sihat. DNA yang rosak dianggap menyumbang kepada penuaan selular.
Bantu Perlahankan Penuaan Selular Secara Semulajadi dengan mengaktifkan genetic regulators.
Membantu mengatasi pengeluaran tenaga sel yang merosot. Peningkatan usia akan membuatkan tenaga dalam sel anda semakin berkurangan. Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria untuk penghasilan tenaga selular yang lebih besar.
Meneutralkan Radikal Bebas. Bahan utama yang ditunjukkan dalam kajian makmal untuk mengaktifkan pertahanan selular dan meneutralkan radikal bebas.
Melambatkan penghasilan AGE Proteins yang boleh berkumpul dan menggalakkan penuaan sel. (Tahukah anda? Orang yang menghidap diabetes Jenis-2 menunjukkan tahap protein AGE yang tinggi.)
Membantutkan kesan inflammation. Kita kini tahu bahawa keradangan berlaku dengan cepat; walaupun orang yang sihat makan satu hidangan yang tidak sihat. Kajian klinikal menunjukkan Vivix segera menumpulkan tindak balas keradangan akibat makan makanan yang tidak sihat. Kurang keradangan dalam badan juga menghasilkan pelbagai manfaat kesihatan termasuk melambatkan penuaan selular.