Pada tahun 2020, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati hampir setengah juta rakyat Malaysia mengalami simptom tekanan atau depresi. Lebih menyedihkan, seramai 424 ribu kanak-kanak didapati mengalami masalah kesihatan mental. Salah satu langkah penyelesaiannya adalah amalan gaya hidup sihat.

Apa kaitan masalah kesihatan mental kanak-kanak dengan ibu?
Ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup anak-anak yang sedang membesar. Terdapat kajian menunjukkan kaitan secara langsung antara masalah mental ibu dan anak. Anak yang dibesarkan oleh ibu yang mental tidak stabil adalah lebih cenderung mengalami masalah yang sama bila dewasa kelak. Kata-kata serta tingkahlaku seorang ibu amat memberi kesan kepada anak-anak.
Tugas seorang ibu kerapkali di pandang remeh namun besarnya tanggungjawab seorang ibu membesarkan anak. Tekanan ekonomi pada masa sekarang menyebabkan ramai ibu bukan sahaja menggalas tanggungjawab mengasuh dan membesarkan anak. Malah ramai ibu terpaksa keluar mencari nafkah demi meringankan beban kewangan keluarga. Semua ini menyumbang kepada tekanan kepada si ibu. Tidak sedikit ibu yang burn-out malah sehingga mengalami depresi.

Mulakan dengan amalan gaya hidup sihat
Melakukan perubahan hidup yang ketara memang mencabar. Namun tahukah anda ada perkara yang nampak remeh namun jika diubah, impaknya amat besar? Jom kita lihat 5 amalan gaya hidup sihat buat ibu yang burn-out.
Mengawal stress
Stress biasanya terjadi apabila kita rasa gagal atau takut untuk menghadapi satu-satu situasi. Contohnya berasa stress memikirkan pembelajaran anak di sekolah. Stress wujud kerana kita tidak tahu apa yang patut kita lakukan. Jika kita tahu apa yang perlu kita lakukan, dan kita mengambil tindakan, percaya atau tidak stress itu akan berkurangan secara sendirinya.
Cuba senaraikan isu-isu yang anda rasakan memberi tekanan kepada anda. Lihat satu persatu dan cuba uruskan. Ini termasuklah kerja rumah seperti mencuci pakaian. Apa kata anda minta pasangan anda untuk mencuci dan menyidai pakaian. Nampak kecil namun impaknya besar. Atau buatkan jadual mencuci baju.
Percaya atau tidak, kebolehan anda menguruskan perkara sebegini akan memberi ruang kelegaan pada fikiran anda. Ini akan mengurangkan stress yang anda hadapi. Jadi anda lebih bersedia menghadapi isu yang lebih besar dan mustahak.
Tidur yang berkualiti
Tidur adalah satu proses pemulihan bagi pelbagai sistem dalam badan. Individu yang kurang tidur bukan sahaja akan mengalami rasa mengantuk dan seumpamanya. Namun ini akan mula memberi kesan kepada sistem-sistem dalam badan. Sebagai contoh, apabila anda kerap kekurangan tidur yang berkualiti, penghasilan insulin dalam badan akan mula terjejas. Ini seterusnya mengganggu paras gula dalam darah. Semua ini akhirnya menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius.
Ibu sering kekurangan tidur kerana mengejar masa menyiapkan pelbagai kerja rumah. Sudahlah begitu, tempat tidur pula tidak selesa dengan gangguan dari anak-anak. Ibu harus mementingkan gaya hidup sihat dan tidur yang berkualiti adalah salah satu daripadanya.
Asingkan tempat tidur ibu dari anak-anak. Pastikan tempat tidur bersih dan selesa. Tutup semua lampu termasuklah lampu led dari tv, radio dan sebagainya. Dapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti lebih baik dari tidur yang panjang. Amalkan tips tidur yang sihat; tidak makan 2 jam sebelum waktu tidur, tidak minum terlalu banyak sebelum tidur, berhenti menggunakan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur, tidur waktu yang sama setiap malam.
Bersukan
Ini boleh menjadi mimpi ngeri buat ramai ibu. Khasnya yang terlalu sibuk dengan urusan harian. Cabar diri anda untuk menjadi lebih aktif. Agar anda boleh uruskan banyak perkara dengan lebih efektif.
Bersukan bukan sahaja menyihatkan tubuh badan. Malahan apabila kita bersukan, badan akan merembeskan hormon yang membuatkan kita rasa gembira dan tenang. Anda juga akan mendapat tidur yang lebih lena dan berkualiti. Metabolisma anda akan meningkat jadi anda akan merasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk di waktu siang. Pencernaan anda akan lebih teratur, maka nutrisi makanan akan diserap secara optima dan tidak lagi menjadi lemak semata-mata. Anda akan merasa sihat, badan lebih slim dan cergas. Sekaligus meningkatkan keyakinan diri anda. Seterusnya anda akan merasakan lebih seronok dan gembira.
Nak sukan yang mudah? Berjalan pantas atau briskwalk. Ini adalah sukan paling digemari ramai wanita. Sambil berjalan pantas, sambil bergosip dengan rakan. Atau nikmati sahaja bunyi nyanyian burung di taman kegemaran anda. Mulakan hari ini. Nak mula memang payah namun lama-kelamaan anda akan rasa ketagih untuk bersukan.
Mulakan amalan gaya hidup sihat hari ini
Itulah tadi tiga amalan gaya hidup sihat yang boleh and amula hari ini juga. Sebagai ibu, sememangnya sukar membuat perubahan dalam kehidupan. Namun demi masa depan yang lebih baik, lakukanlah sedikit demi sedikit. Semoga apa yang kita tanam hari ini akan memberi pulangan yang terbaik dikemudian hari di dunia dan akhirat.