Pengedar Shaklee Langkawi

Pengedar Shaklee Langkawi

Saya Afiela Khan adalah pengedar bebas Shaklee. Perniagaan fiela berdaftar dengan SSM. Jadi anda tak perlu risau lagi. Pengedar Shaklee semuanya bertanggungjawab berkongsi maklumat yang sahih dan Shaklee amat menitikberat keselamatan pelanggannya.

Fiela merupakan pengedar Shaklee yang kini menetap di Langkawi. Kerap berulang-alik ke Penang, Fiela juga mempunyai rangkaian rakan Shaklee di sana. Berkenalan dengan Shaklee sejak 8 tahun lepas, Fiela kini giat melengkapkan diri dengan ilmu nutrisi dan kesihatan. Bukan sahaja untuk berkongsi dengan rakan namun juga demi kesihatan diri dan keluarga. Bertambah bertuah kerana fiela merupakan bekas pensyarah Bioteknologi di sebuah universiti tempatan. Latarbelakang ini sangat membantu fiela memahami sains disebalik suplemen Shaklee. Bertuahnya fiela, Shaklee amat banyak kajian saintifik dan kertas kajian yang diterbitkan. Jom teruskan lagi.

Pengedar Shaklee yang yakin pada suplemen

Suami fiela merupakan pesakit slipdisc yang kronik. Bermula hampir 12 tahun lepas apabila suami tergelincir di dewan makan. Setelah itu beliau tidak dapat berjalan hingga hampir setahun. Sehinggalah ada doktor pakar menasihati beliau mendapatkan rawatan alternatif. Alhamdulillah kesihatan beliau semakin pulih sejak daripada itu.

gejala-gejala slip-disc.

Sehinggalah Covid-19 melanda. PKP-1 benar-benar mencabar kami sekeluarga apabila suami sekali lagi diserang sakit slipdisc beliau sehingga tidak dapat berjalan. Sebelum itu, sejak beliau jatuh, sakit beliau datang dan pergi. Namun sakit boleh beliau handle dengan pain-management termasuklah painkiller dan teknik pernafasan yang betul. Namun serangan sakit ketika PKP 1, beliau terpaksa diusung masuk ambulance dan selama beberapa bulan suami kembali berkerusi roda.

Apa yang ingin fiela kongsikan adalah, pengalaman sebagai isteri pesakit slipdisc membuatkan fiela sedar betapa berharganya sebuah kesihatan. Ramai yang tidak menghargai kesihatan yang ada sehinggalah kita sakit. Bila sakit, nikmat-nikmat kecil yang tak kita hargai selama ini, ditarik satu persatu. Nikmat berjalan. Nikmat berjalan. Bahkan nikmat bernafas tanpa diiringi dengan rasa sakit. Paling terkilan, nikmat solat sempurna. Ramai pesakit slipdisc tak mampu rukuk dan sujud dengan sempurna dan terpaksa solat duduk, malahan ada yang berbaring sahaja. Bayangkan.

Mencegah lebih baik daripada merawat

Sedarlah mencegah lebih baik daripada merawat. Suplemen banyak membantu kami sekeluarga dalam mengharungi kehidupan seharian. Fiela merupakan pengamal tegar vitamin c sejak muda lagi. Alhamdulillah amat jarang demam dan flu. Sehingga kini fiela belum pernah lagi tested-positive untuk Covid-19. Sebagai wanita, paling fiela suka adalah kulit kekal sihat dan gebu. Umpama tak berapa dimakan usia.

Tekanan hidup pula membuatkan fiela alami brain-fog. Pemikiran jadi kurang fokus. Termenung dan rasa lost. Sehinggalah fiela berkenalan pula dengan vitamin b-complex. Padanlah vitamin b-complex juga dikenali sebagai happy pils di kalangan ibu-ibu. Sememangnya pemikiran jadi lebih tajam dan tenang selepas amalkannya. Tiada lagi brain-fog dan rasa lost. Brain fog sebenarnya adalah apabila anda mudah berasa keliru, kerap lupa, sukar untuk fokus dan fikiran jadi kabur. Anda alaminya? Ada cara mengatasinya. Insya allah

Percayalah.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Kehidupan kita sekarang amat tertekan. Sama ada dari segi gaya hidup, pemakanan mahupun pencemaran! Pencemaran air, udara dan bunyi. Anda boleh ubah gaya hidup anda namun anda tetap terdedah kepada pencemaran ini. Semua ini menyumbang kepada masalah kesihatan kronik di masa hadapan. Suplemen sedikit sebanyak membantu tubuh badan anda untuk jadi lebih sihat dalam jangkamasa panjang

Tiga (3) Beza Shaklee dengan yang lain

Begitu banyak jenama suplemen di luar sana. Hingga ada yang diragui keselamatan dan juga keberkesanannya. Apa membezakan Shaklee dengan yang lain?

Ada tiga faktor membezakan Shaklee dari suplemen lain. Semulajadi, selamat dan berkesan

Shaklee komited memastikan setiap suplemen adalah selamat, berkesan dan semulajadi.

Shaklee terlibat dengan kajian saintifik di namakan The Landmark Study. Kajian ini diterajui oleh nutrition researcher, Dr Gladys Block dari Universiry of California, Berkeley. Ia merupakan kajian terbesar melibatkan kesan jangka panjang ke atas pengguna pelbagai suplemen termasuklah Shaklee. Kajian ini menunjukkan pengamal Shaklee mempunyai aras kesihatan yang lebih baik untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif. Ini berbanding mereka yang tidak mengamalkan suplemen dan juga mereka yang mengamalkan suplemen selain Shaklee. Jemput baca kertas kajian beliau di sini : Shaklee Landmark Study

Kajian kedua terpenting adalah The Telomere Study. Sedikit maklumat, telomere adalah bahagian paling hujung di setiap kromosom kita. Telomere berfungsi melindungi DNA kita dari sebarang kerosakan. Peningkatan usia akan menyebabkan telomere ini semakin memendek dan ini mempengaruhi kesihatan dan jangkahayat seseorang. Telomere yang lebih pendek meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik dan memendekkan jangka hayat. The Telomere Study menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan Shaklee untuk jangkamasa panjang, telomere mereka memendek 40% lebih perlahan berbanding mereka yang tidak mengamalkan Shaklee.

Berkesan namun adakah selamat?

Banyak suplemen berkesan namun adakah ia selamat? Ada pula suplemen selamat namun adakah berkesan? Paling penting, adakah suplemen tersebut semulajadi? Atau dicemari dadah-dadah merbahaya?

Tahukah anda bahawa Shaklee merupakan suplemen pilihan ramai atlit professional seluruh dunia? Ramai antara mereka memilih Shaklee kerana bukan sahaja kerana keberkesanan namun juga sebab Shaklee bebas sebarang bahan tiruan. Ada sesetengah suplemen mengandungi bahan tiruan dan bahan ini boleh muncul dalam darah kita sebagai ‘dadah’. Anda pasti tahu bahawa atlit professional diwajibkan mengambil ujian dadah (doping) berkala. Kerap kali mereka yang gagal ujian ini (wujud unsur dadah larangan dalam darah mereka) hanya disebabkan suplemen yang mereka ambil. Namun tidak bagi atlit yang mengamalkan Shaklee semata-mata.

Atlit Shaklee Pure Performance Team memenangi 7 medals di PyeongChang 2018 Winter Games.
Atlit Shaklee Pure Performance Team memenangi 16 medals di Rio 2016 Summer Olympics.

Tahukah anda wujudnya The Shaklee Pure Performance Team. Mereka adalah atlit bertaraf dunia yang terpilih dari pelbagai bidang sukan. Atlit ini bukan sahaja komited memastikan penggunaan suplemen yang 100% semulajadi, selamat dan berkesan. Malahan secara keseluruhan, mereka telah memenangi 146 medal emas, perak dan gangsa di pertandingan antarabangsa khasnya Summer dan Winter Games.

Fiela pengedar Shaklee Langkawi anda

Sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga anak bertuah, semestinya fiela amat menitikberatkan kesihatan mereka. Bertambah seronok bila dapat berkongsi keselamatan dan kesihatan ini dengan ibu-ibu lain di luar sana. Semua kajian saintifik ini membuatkan fiela semakin yakin dengan Shaklee. Tak hairanlah mengapa Shaklee bertahan hampir 100 tahun di pasaran! Ini semua adalah mustahil tanpa kepercayaan pengguna Shaklee dan kualiti Shaklee itu sendiri

Nak tahu suplemen terbaik yang anda perlukan? Jom hubungi fiela segera. Klik je sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *