Shaklee dah hampir 100 tahun di pasaran seluruh dunia. Terlalu banyak testimoni Shaklee di alam maya. Namun paling best bila bertemu muka dengan mereka yang dah amalkan berpuluh tahun. Tak perlu mereka bercerita, kita dulu nampak kesihatan mereka. Wajah berseri-seri, kulit muka lembut tapi tegang, mata bercahaya, badan lincah. Aduh…terasa malu tau bila berjumpa kakak-kakak senior yang usia lebih dari kita tapi sihat macam anak dara.
Macam mana fiela terdetik nak cuba Shaklee?
Masa mengandungkan anak sulung, fiela memang nekad nak susukan anak sepenuhnya. Sehingga dua tahun. Tahun pertama menyusukan anak taklah mudah tak jugak mustahil. Masa berpantang, mak fiela memang jaga makanan style cina. High protein, high fiber. Air masak pula memang fiela ambil secukupnya. Setiap kali lepas makan, mak akan bagi air mendidih yang disejukkan untuk buang angin dalam badan. Fuh..memang sedap badan time tu. Bukan air panas dari water filter tau. Memang air dimasak hinggah mendidih.
Apabila anak mula masuk satu tahun, fiela pun mula bekerja. Tekanan di tempat kerja, sibuk berulang-aling antara rumah, rumah pengasuh dan tempat kerja, pemakanan mula tak teratur dan pelbagai lagi aspek membuatkan susu mula berkurangan. Menitik jugak air mata seorang mak bila bekal susu anak tak cukup. Time tu la fiela mula cari alternatif nak pastikan mampu susukan anak sehingga dua tahun.
Google punya google, terjumpalah ESP. Banyak betul testimoni set penyusuan Shaklee ni. Tapi fiela fokus kat ESP sahaja. Set tu fiela tak berminat. Anak pulak g6pd-deficiency. Jadi memang fiela elak makan sebarang suplemen dan ubat masa tu. Fiela pun beranikan diri beli ESP di atas talian. Kajian tak cukup, fiela beli je tapi tak jadi member. Rugi betul masa tu.
Testimoni Shaklee ESP the best milkbooster
Alhamdulillah, sejak amal ESP, memang susu bertambah-tambah. Sama macam masa berpantang pula. Anak pun makin montel time tu. Syukurnya hati seorang mak, tuhan je tahu.

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein ni adalah minuman soya yang kaya dengan kalsium dan protein. Protein merupakan komposisi besar dalam susu ibu. Protein ESP ni istimewa sebab bukan sahaja tiada kolestrol, bahkan bantu mengurangkan kolestrol dalam badan. Syaratnya and mengambil 25g sehari.
ESP juga diformulasikan supaya Low Glycemix Index. Jika Indeks Glisemik tinggi, paras gula dalam darah akan naik dan kemudian turun secara mendadak. Anda akan merasa penat, irritable dan cepat lapar. Perasan tak kadang-kadang anda baru je makan, tak lama lepas tu bukan je lapar balik, tapi jugak penat semacam dan irritable. Itulah bezanya dengan Low Glysemic indeks. Ataupun Indeks Glisemik rendah. Paras gula dalam darah adalah lebih stabil, jadi anda lebih bertenaga lebih lama. Anda juga akan rasa kenyang lebih lama. Ini sangat membantu dalam pengurangan berat badan dan kesihatan jangka panjang anda.

Produk lain timbul tenggelam, Shaklee kekal bertahun-tahun
Setelah bertahun berkenalan dengan Shaklee, akhirnya fiela membuat keputusan untuk lebih serius menjana income dengan Shaklee. Niat nak buat duit, akhirnya terjebak dengan healthy lifestyle. Apa tidaknya, hari-hari ada saja kelas nutrisi. Kelas dianjurkan sama ada oleh rakan distributor Shaklee yang berpengalaman ataupun Shaklee Certified nutritionist! Rasa bertuah sangat sebab kelas ni tak fokus pada produk tapi fokus pada nutrisi produk tersebut.
Padanlah Shaklee bertahan bertahun-tahun. Baru-baru ni fiela berkenalan dengan Herb-Lax™. Fiela ni seorang yang amat suka kerabu dan ulam-ulaman. Jika pulang ke rumah mak, fiela akan berjalan di kebun mak dan petik je ulam kat situ. Ada pelbagai jenis tau. Ulam raja, daun kunyit, pucuk ubi, dil, cantik manis, cekur, belalai gajah, bunga kantan dan pelbagai lagi. Rajin la fiela petik sikit-sikit dan gaul semua dengan bawang dijeruk sedikit! Jadilah instant kerabu yang bukan sahaja penuh vitamin dan mineral tapi jugak detoks!

Herb-Lax™. Bila belek kandungan Herb-Lax™, fiela tergelak sendiri. Fiela bayangkan umpama fiela berjalan di kebun tanaman mak tadi, petik ulam-ulaman dan jadikannya dalam bentuk tablet. Jika anda teliti kandungan kebanyakan produk Shaklee, begitulah. Kandungan produk Shaklee adalah bahan-bahan organic premium yang semenangnya kita makan sehari-hari. Cuma bezanya ada saintis yang membuat kajian dan memastikan bukan sahaja suplemen tersebut berkesan, tapi jugak selamat dalam jangka masa pendek dan panjang. Padanlah jugak ramai yang amalkan Shaklee berpuluh tahun dan kesihatan mereka pada tahap optima.
Seronok kan Shaklee ni. Semakin dikenal, semakin jatuh hati. Banyak testimoni Shaklee baik di alam maya mahupun realiti, alhamdulillah. Jangan takut jangan risau. Jika anda dah amalkan dengan konsisten, insya allah anda akan rasakan perbezaannya. Doakan fiela moga dapat hadiah istimewa dari www.anakkuwira.com