Multivitamin Shaklee: Mengapa Shaklee Pilihan Terbaik

feature image untuk blog multivitamin shaklee

Badan manusia memerlukan makanan dan air untuk terus hidup. Namun vitamin jugak diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Hakikatnya kebanyakan vitamin boleh didapati dengan mudah dan percuma seperti Vitamin D daripada matahari. Ada juga yang memerlukan sedikit perbelanjaan seperti Vitamin C dari buah-buahan sitrus. Tanpa vitamin, sistem imun anda dan sistem badan yang lain akan menjadi lemah dan kurang berfungsi. Di zaman serba pantas kini, ramai mengambil vitamin dalam bentuk pil untuk membantu mereka kekal sihat. Selain dari vitamin dinyatakan tadi, kini ada Multivitamin Shaklee berbentuk pil.

Perkataan vitamin, asalnya ‘vitamine’ dicipta oleh Saintis Casimir Funk pada awal 1900-an. Beliau mengabungkan perkataan Latin ‘vita’ (bererti hidup) dan ‘amine’ (bererti asid amino). Funk percaya bahawa vitamine mengandungi asid amino yang merupakan asas organisma seperti manusia.

Pada tahun 1915 pula, Dr Forrest C Shaklee mencipta multivitamin pertama di dunia. Asalnya diberi nama Shaklee Vitalized Minerals, nama tersebut dipendekkan menjadi vitamin.

multivitamin shaklee pertama di dunia
botol Shaklee Vitalized Minerals yang dicipta 100 tahun lalu.

1. Mengapa Shaklee?

Vitamin merupakan salah satu komponen nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan kesihatan. Keperluan vitamin setiap individu berbeza-beza, bergantung kepada gaya hidup, diet dan keadaan kesihatan. Atas sebab ini, suplemen vitamin boleh menjadi pilihan untuk memenuhi keperluan vitamin harian. Walau bagaimanapun, tidak semua jenama vitamin adalah sama baiknya. Multivitamin Shaklee adalah jenama yang telah diperakui oleh pelbagai agensi kesihatan. Selain itu, Shaklee juga menjamin kebersihan dan kehalalan produknya. Untuk membaca lebih lanjut tentang kebaikan pengambilan multivitamin.

2. Kebaikan Pengambilan Multivitamin ( Vitamin C, Vitamin E dan sebagainya)

Pengambilan multivitamin boleh membantu badan mencapai dan mengekalkan keseimbangan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan dan kesejahteraan umum. Multivitamin Shaklee membekalkan nutrien yang diperlukan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan. Pengambilan multivitamin boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk: 1. Membantu meningkatkan daya tahan tubuh Kekurangan nutrisi boleh menjejaskan sistem imun anda. Dengan mengambil nutrisi yang mencukupi, tubuh boleh meningkatkan daya tahan dan mengelakkan batasan pemakanan yang boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan. 2. Meningkatkan kecergasan sel Apabila mengambil multivitamin Shaklee, anda akan mendapat zat besi, fosforus, magnesium, zat besi, vitamin C, dan B6 yang diperlukan oleh sel-sel badan.

3. Keputusan Shaklee adalah pilihan terbaik!

Dengan pengambilan multivitamin Shaklee, anda akan berasa lebih tenteram kerana anda tahu bahawa anda telah memberikan nutrien yang diperlukan untuk kualiti hidup terbaik. Nutrien ini termasuk vitamin C, E, A, B-Kompleks, posforus, kalsium, magnesium, zinc dan banyak lagi.

Semua nutrien ini berkonsentrasi pada berbagai aspek kesihatan. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen atau penghubung yang terdapat dalam organ tubuh, tulang, jaringan, darah dan urat. Manakala Vitamin E membantu meningkatkan fungsi metabolisme dan sistem imun anda untuk melawan penyakit. Dalam pada itu, Vitamin A boleh membantu mata anda, sistem saraf dan juga kesihatan kulit.

Kelebihan Multivitamin Shaklee

Baru-baru ini Shaklee memperkenalkan Vita-lize. Multivitamin Shaklee ini mengandungi 25 jenis vitamin penting dan mineral termasuklah vitamin c, kalsium, zat besi, vitamin b serta asid folik.

Sebotol Vita-lize mengandungi 120 tablets.

Vita-lize diformulakan dengan tujuan sebagai pelengkap nutrisi. Mereka yang mengamalkan gaya hidup kurang sehat khasnya pemakanan tidak seimbang, kurang makan sayur dan buahan amat memerlukan pelengkap nutrisi ini. Begitu juga dengan vegetarian dan pesakit anemia.

Nutrisi dalam Vita-lize merupakan elemen penting yang amat diperlukan oleh sel tubuh. Nutrisi ini membantu memanjang jangkahayat sel, menggalakkan pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran. Vita-lize juga mengandungi mineral dan vitamin yang membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Dalam jangkamasa panjang, nutrisi ini membantu menjaga kesihatan tiroid.

Sedar atau tidak, tenaga kita semakin berkurangan seiring dengan usia. Namun ada dikalangan kita yang tua sebelum usia. Vita-lize membantu memberikan tenaga segera pada tubuh. Hasilnya tubuh lebih cergas dan minda tajam. Kesihatan minda juga lebih terpelihara. Bukan sahaja lebih fokus namun juga membantu sistem memori.

Selain tenaga berkurangan, metabolisma badan juga berkurangan semakin kita meningkat usia. Vita-lize bertindak membantu menstimulasi metabolisma. Ini sekaligus melambatkan proses penuaan.

Selain itu nutrisi-nutrisi Vita-lize membantu melindungi organ dan memastikan fungsi optima khasnya buah pinggang, jantung dan hati.

Multivitamin Shaklee tertua di dunia

Multivitamin Shaklee telah wujud sejak 100 tahun lalu. Seiring dengan kemajuan teknologi dan penemuan-penemuan baru dalam dunia kesihatan, formula multivitamin Shaklee telah diperbaiki dari masa ke semasa.

Adakah anda memerlukan multivitamin yang selamat, berkesan dan semulajadi? Vita-lize Shaklee untuk anda. Jom dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi fiela di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *