Cash Rebate! Shaklee penipu! Kata ada tapi….

Haaa…pernah dengar ayat ni? Fiela sebagai pengguna Shaklee dan kerap pula berkongsi tentang Shaklee di media sosial, kerap la dengar tentang cash rebate ni ni. Shaklee antara syarikat paling lama di dunia yang menghasilkan suplemen nutrisi natural, produk kecantikan dan juga kini produk penjagaan rumah. Shaklee juga merupakan pemberi cash rebate terbesar di Malaysia berbanding syarikat seumpamanya yang lain.  Sebab itulah Shaklee dianugerahkan Gold Award selama dua tahun berturut-turut, dalam The Asia Reader’s Digest Most Trusted Brand.

Baca beritanya di sini.

Shaklee antara pemberi ‘cash rebate’ terbanyak

‘Kalau betul Shaklee pemberi cash rebate terbesar di Malaysia, kenapa saya ni, pengguna tegar Shaklee, tak pernah dapat satu sen pun?’

Adakalanya, yang menjadikan beruntung dan tak beruntung adalah ilmu. Nak dapatkan pulangan tunai ni bukan semata-mata membeli produk Shaklee. Pasti ada syarat minimanya. Pertama sekali, anda wajib mendaftar sebagai ahli. Apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda bukan sahaja akan dapat nombor ID ahli, malah secara automatic anda layak mendapat cash rebate daripada syarikat.

Dah daftar ahli? Pasti anda pernah log masuk website Shaklee. Anda akan nampak bahawa setiap produk Shaklee mempunyai poin-poin pembelian tertentu. Poin ini bergantung kepada nilai harga sesuatu barangan. Biasa dengar? Ramai syarikat menggunakan cara ini.

Sebagai contoh anda menjadi ahli kedai sushi setiap kali bayar, anda akan dapat poin tertentu. Cukup tempoh, anda boleh rebate dari poin tersebut. Cuma di sushi ni, anda kena guna poin tersebut untuk membayar bil sushi anda kembali. Bezanya di Shaklee, poin tadi akan ditukarkan ke dalam bentuk wang, wang yang akan dimasukkan ke akaun peribadi anda. Bolehlah anda belanja anak-anak makan sushi pula. Nampak perbezaannya? Itulah dinamakan cash rebate.

Syarat kedua adalah, poin-poin anda, yang dipanggil UV dalam Shaklee, perlulah melebihi jumlah minimum 150 UV pada bulan tersebut. Barulah anda layak untuk mendapat cash rebate. Mungkin anda sebelum ni beli untuk diri sendiri, apa kata lepas ni beli pula untuk ibubapa, dan adik beradik pun tumpang order dari anda. Dapatlah anda minima 150 UV. Layaklah anda untuk mendapat cash rebate tersebut. Seronok bukan?

Cara dapatkan produk Shaklee percuma

Secara tidak langsung, apabila anda menerima pulangan tunai ini, nilai bersih pembelian Shaklee anda menjadi lebih rendah. Silap haribulan, vitamin anda menjadi ‘percuma’ apabila cash rebate anda melebihi nilai pembelian Shaklee untuk penggunaan anda sendiri.

Jadi jom! Apa lagi? Mula berkongsi tentang Shaklee dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Seperti anda, mereka juga mahu sihat dan bahagia. Cuma ingat, pastikan anda membeli menggunakan id anda di website Shaklee, ataupun minta bantuan upline anda. Upline atau penaja adalah individu yang mendaftarkan keahlian Shaklee anda. Apabila anda melakukan pembelian daripada ‘upline’ , ‘upline’ boleh lakukan pemindahan poin pembelian tersebut ke ID Shaklee anda. Asalkan minimum poin pembelian anda mencapai 150 UV, anda layak mendapat cash rebate tersebut.

Masih mencari ‘upline’? Jom fiela bantu daftarkan anda. Bulan ini ada promosi dengan pembelian set Rahmah RM99 sahaja, anda layak mendaftar sebagai ahli.  Terus hubungi fiela untuk fiela daftarkan segera. Klik sini

Berita gembira: Sebagai ahli Shaklee, anda tidak diwajibkan untuk mengekalkan jumlah poin pembelian setiap bulan. Maksudnya keahlian anda adalah seumur hidup dengan syarat membuat pembelian (tiada nilai minimum) setiap ulangtahun anda. Tetapi untuk mendapatkan ‘cash rebate’, anda perlu mencapai poin minimum 150 UV dalam satu-satu bulan.

Jom Shaklee!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *