Vitamin C vitamin kulit cantik

Vitamin c adalah sinonim dengan kulit cantik berseri. Ini sudah menjadi idaman ramai wanita. Ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit sebulan demi mendapatkannya. Namun ramai terlupa, kulit adalah satu organ terbesar manusia. Seperti organ lain, kesihatan kulit amat bergantung kepada pemakanan kita, dan bukannya produk kecantikan semata-mata. Pasti anda pernah dengar tentang vitamin kulit. Namun tahukah anda bagaimana vitamin boleh membantu anda mendapatkan kulit cantik berseri?

Vitamin C amat popular dan banyak dicari-cari untuk kecantikan kulit. Ia diketahui dapat membantu dalam penghasilan kolagen, menggalakkan pertumbuhan sel baru, dan meningkatkan daya tahan kulit terhadap radiasi UV. Proses anti-penuaan juga dipercayai dapat dipercepatkan dengan penggunaan vitamin ini. Ini kerana ia merupakan antioksidan yang kuat.

Apa itu Antioksidan

Antioksidan membantu melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom yang sangat reaktif atau tidak stabil kerana kehilangan elektron. Agar menjadi stabil, radikal bebas akan mengambil atom yang berasal dari sel badan kita. Akibatnya, radikal bebas yang banyak dalam badan akan merosakkan sel.

radikal bebas mengambil atom dari sel normal dan merosakkan sel normal itu tadi.

Jika ini berterusan berlaku, kesihatan badan akan mula merosot. Ini termasuklah pelbagai penyakit dan termasuklah tanda-tanda penuaan pada kulit. Radikal bebas amat mudah terbentuk di dalam badan melalui proses pencernaan. Penghasilannya turut disumbangkan oleh pencemaran dan juga pendedahan kepada sinar UV. Begitu mudah untuk radikal bebas terbentuk dalam badan.

Antioksidan pula dapat mengurangkan radikal bebas. Ini terjadi apabila antioksidan menyumbangkan elektron kepada radikal bebas dan menstabilkan radikal bebas itu tadi. Tindakan antioksidan ini mengurangkan radikal bebas dalam badan. Ini bermakna, badan tidak lagi dirosakkan oleh radikal bebas.

bagaimana antioksidan menghapuskan radikal bebas
Antioksidan berperanan menyumbang elektron kepada radikal bebas. Ini menstabilkan radikal bebas dan mengelak radikal bebas merosakkan sel badan kita.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, vitamin C merupakan antioksidan yang kuat. Pemakanan yang kaya dengan vitamin c amat membantu mengekalkan kesihatan kulit kita. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa, badan manusia tidak mampu menghasilkannya sendiri. Kita amat memerlukannya dari pemakanan sehari-hari. Ramai yang tahu buah-buahan amat kaya dengan vitamin C. Namun adakah anda antara yang makan buah secukupnya setiap hari?

buah mengandungi vitamin c
Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C

Pengambilan vitamin c

Gaya hidup zaman sekarang lebih mudah dan pantas segalanya. Ramai mengamalkan suplemen bagi mencukupkan keperluan badan. Pelbagai jenis suplemen di pasaran dan semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Vitamin C amat mudah diserap oleh badan dan yang terlebih akan dikumuhkan. Terdapat beberapa jenis yang sustained-released. Ini bermaksud, ia akan dilepaskan secara berperingkat di dalam badan untuk penyerapan optima. Sebagai contoh, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Setelah anda memakan 1 tablet vitamin ini, 100 mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam selama 5 jam. Ini memaksimumkan penyerapan dan kesannya kepada badan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan dos vitamin C yang tinggi adalah lebih daripada 2000mg sehari.

vitamin c shaklee
Sustained Release Vita-C Plus

Faktor lain yang perlu anda ambilkira adalah campuran lain dalam suplemen tersebut. Sustained Release Vita-C Plus turut mengandungi bioflavonoid dari buah-buahan citrus. Bioflavonoid adalah juga antioksidan dan turut meningkatkan fungsi vitamin C. Selain itu, vitamin ini juga diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.

Harga Rahmah

promosi set kulit cantik shaklee
Poster promosi Menu Rahmah Shaklee

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma, Shaklee Malaysia berbesar hati memberikan harga rahmah kepada vitamin C ini. Dengan hanya RM0.55 setablet setiap hari, ada dapat menikmati khasiat vitamin c yang lebih berkualiti tinggi. Suplemen ini telah berada di pasaran lebih daripada puluhan tahun dan diedarkan ke seluruh dunia. Lebih menarik, promosi ini adalah kombo Sustained Release Vita-C Plus dan ESP yang terkenal dengan kesan mengurangkan berat badan dan mencerahkan serta membuatkan kulit lebih berseri.

Kesimpulannya, kulit lebih sihat tanpa radikal bebas. Vitamin c berperanan ‘menyerap’ radikal bebas dalam badan. Dalam jangkamasa panjang, ini memastikan bukan sahaja kesihatan badan anda namun juga memberikan anda kulit lebih cantik dan sihat.

Dapatkan Vitamin kulit cantik berseri harga Rahmah anda di sini; www.wasap.my/601135228059/setrahmahblog


Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *