Intermittent Fasting ada keburukan ?!

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent fasting mula popular di awal tahun 2000! Bermula di kalangan selebriti dan akhirnya menjadi trend sesama kita. Berbeza dengan pelbagai ‘diet’ popular, IF lebih fokus kepada tempoh boleh makan dan tempoh puasa. Manakala diet lain lebih fokus kepada jenis makanan yang boleh diambil.

Mengikut kajian, berpuasa selama 10-16 jam akan menggalakkan badan menukar lemak yang tersimpan, kepada tenaga. Inilah yang menggalakkan pengurangan berat badan melalui intermittent fasting. Ada beberapa fasa popular iaitu berpuasa 12 jam, 16 jam, 18 jam, 24 jam dan sehingga 72 jam. Pada peringkat permulaan disarankan berpuasa 12 jam dahulu.

Begitu ramai yang amat teruja mencuba intermittent fasting. Namun malangnya ada dikalangan kita gagal mengkaji sepenuhnya tentang Intermittent Fasting. Risiko terhadap pengamal Intermittent Fasting tak alang-alang dan wajar kita semua ambil tahu.

Keburukan Intermittent Fasting

Intermittent fasting ada keburukannya jika diamalkan secara semberono dan ikut-ikutan. Sebelum kita melihat keburukan Intermittent Fasting, mari kita belajar sedikit biologi badan manusia.

Rajah menunjukkan proses dalam badan yang berlaku ketika berpuasa

Setelah berpuasa 10-16 jam, badan akan mula masuk ke proses fat burning. Fat burning ini adalah di mana badan membakar lemak tersimpan untuk ditukar kepada tenaga. Jika dilihat pada rajah di atas, fat burning ini berlaku pada jam ke 16 (ini berubah-ubah mengikut kadar metabolisma dan aktiviti fizikal anda). Manakala, masuk jam ke 18, autophagy akan berlaku.

Apa itu Autophagy?

Autophagy adalah satu proses yang amat penting kepada tubuh badan kita. Ia dirangsang ketika tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR! (atau dalam kes anda tadi, berpuasa). Autophagy akan memecahkan protein dan komponen badan yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Proses autophagy

Inilah proses yang ramai tak sedar berlaku kepada badan mereka ketika mereka Intermittent Fasting. Bahkan sel-sel lapar ini juga akan memusnahkan virus dan bakteria.  Proses ini amat penting untuk mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegenerative seperti nyanyuk dan Parkinson.

kesan intermittent fasting
Ringkasan autophagy ketika berpuasa

Autophagy dan keburukan Intermittent Fasting

Bagus bukan autophagy? Jadi apa kaitan autophagy dan keburukan Intermittent Fasting?

Setiap yang baik pasti ada buruknya. Setiap yang berlaku perlu ada timbal-balas agar seimbang. Mereka yang mengamalkan intermittent fasting secara berterusan, sebenarnya terdedah kepada beberapa risiko atau keburukan Intermittent Fasting. Mari kita lihat;

  • Pemusnahan kolagen dalam badan.

Badan manusia terdiri daripada 70 peratus air dan 30 peratus protein. Protein ini termasuklah kolagen. Setelah badan menggunakan hampir ke semua lemak tersimpan, sasaran seterusnya adalah protein. Badan akan mula memecahkan protein pula untuk membekalkan tenaga kepada badan. Tambahan pula, ketika autophagy berlaku, ia menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen.

  • Menyekat peningkatan kolagen

Bertambah parah, autophagy menyekat peningkatan kolagen dalam badan. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia, kemerosotan kesihatan kulit dan keguguran rambut. Ini bermakna, walau ketika anda telah ‘berbuka puasa’, kolagen tetap tidak disimpan secukupnya dalam badan. Dalam jangkamasa panjang, kekurangan ini akan menyebabkan masalah kesihatan.

  • Keletihan melampau

Kolagen berperanan penting dalam struktur dan fungsi badan termasuklah kulit, tendon, tulang, tulang rawan, salur darah dan connective tissue. Connective tissue memberi bentuk, struktur dan melindungi tisu dan organ dalam badan. Penting bukan kolagen? Kekurangan kolagen dalam badan akan menyebabkan keletihan melampau. Ini kerana badan gagal menyerap minerals dan micronutrients.

Pengambilan suplemen kolagen boleh membantu mengurangkan kesan kekurangan kolagen dalam badan.

Autophagy tanpa merosakkan badan

Ada beberapa kesan sampingan Intermittent Fasting yang jarang dikongsi. Ini termasuklah rambut mudah gugur, kulit kusam dan kelihatan lebih tua dari usia, tulang rapuh, mudah sakit badan dan sebagainya. Ada kemungkinan, punca kepada kesan sampingan ini adalah kekurangan kolagen itu tadi. Pastikan anda makan makanan seimbang ketika mengamalkan Intermittent Fasting. Bertambah bijak jika anda mengamalkan suplemen untuk memastikan badan anda mendapat nutrisi yang seimbang dan menggantikan semula protein yang telah dibakar tadi.

Sebenarnya ada beberapa suplemen, khasnya suplemen terbaik dari Shaklee, yang boleh mengaktifkan autophagy tanpa perlu merosakkan badan. Pernah dengar superfood Polifenol? Polifenol mempunyai kesan yang sangat baik terhadap kesihatan. Kajian saintifik mendapati polifenol menggalakkan autophagy di dalam badan. Ingat, autophagy asalnya akan akan memecahkan protein dan komponen badan yang telah rosak. Sebab inilah polifenol bermanfaat mengurangkan keradangan dan membantu menghapuskan sel-sel kanser dalam badan.

Di luar negara, polifenol amat popular. Banyak suplemen mengandungi polifenol di pasaran luar negara. Namun di Malaysia, cuma ada VIVIX. Vivix mengandungi polifenol dari 4 tumbuhan premium iaitu Muscadine Grapes, Polygonum Cuspidatum, Purple Carrot dan  European Elderberry.

Menarik bukan? Nantikan posting fiela seterusnya mengenai Polifenol dalam Vivix pula.

Secara kesimpulannya, Intermittent fasting berkesan dan bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Namun ada risiko yang perlu diambil berat. Perlu anda ambil tahu cara mengurangkan risiko dan kesan sampingan tersebut. Insya allah.


Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *