Ramadhan 2023. Bersediakah kita?

Pejam celik, pejam celik, kurang dua minggu lagi kita bakal bersua kembali dengan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia. 30 hari mencari keredhaan Allah pastinya memerlukan persiapan rapi. Sudah bersediakah anda menyambut Ramadhan 2023?

Pastinya kita sebagai umat Islam telah terbiasa dengan Ramadhan. Hingga ada yang terlupa bulan istimewa ini memerlukan persiapan rapi. Bukan raya je ade persiapan. Puasa pun perlu ada persiapan. Mudah-mudahan dengan persiapan rapi, bulan Ramadhan kita lebih berkat dan produktif. Jom kita tengok apa persiapan yang perlu.

Puasa ganti pastinya perkara pertama muncul dalam fikiran setiap umat Islam menyambut Ramadhan. Semestinya segala ‘hutang’ mesti di bayar agar Ramadhan ini bertambah berkat. Jangan diabai tanggungjawab Ramadhan yang lepas. Puasa yang tertinggal mestilah diganti mengikut bilangan tepat.

Nabi Muhammad berpesan agar kita berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan. Apa kata bermula sekarang? Amalkan dulu puasa sunat agar mental dan fizikal lebih bersedia menyambut Ramadhan 2023.

Hidupkan sunnah buka puasa dengan kurma.

Menyediakan pakaian solat yang bersih dan terbaik. Ini mungkin nampak remeh. Namun persediaan rapi sebegini bukan sahaja dapat menjimatkan masa kita nanti, malah jiwa dan perasaan lebih tenang untuk beribadah. Selesai solat maghrib serta makan, pastinya kita ingin menunaikan terawikh pula. Insya allah lebih lancer jadual kita jika banyak perkara telah tersedia termasuklah pakaian solat.

Perancangan pemakanan. Bulan Ramadhan adalah bulan berpuasa. Namun tak dapat dinafikan, lumrah ibu-ibu banyak menghabiskan masa di dapur menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Ramadhan 2023 jom ubah perkara ini. Rancang pemakanan anda. Ini bukan sahaja boleh menjimatkan wang perbelanjaan malahan perancangan teratur membantu menguruskan masa dengan lebih bijak. Semoga ibu-ibu khasnya tidak lagi terperap di dapur menjelang waktu berbuka.

Persiapan raya. 30 hari pastinya akan berlalu dengan sangat pantas. Ramai antara kita akan membuat persiapan raya sebelum puasa lagi. Khasnya baju raya anak-anak dan diri-sendiri. Bukan sahaja dapat mengelak kesesakan last minute shopping, malah harga baju raya pun biasanya lebih rendah jika dibeli awal.

Supplemen untuk tubuh badan lebih sihat dan minda cergas. Gaya hidup sekarang ramai yang tergelincir dalam pemilihan makanan sihat dan seimbang. Supplemen termasuklah protein, minuman elektrolit, vitamin B dan sebagainya. Supplemen ini membantu anda mendapatkan nutrisi yang mungkin kurang dalam diet seharian anda.

Set puasa Shaklee

Itulah tadi persiapan menuju Ramadhan 2023. Ada satu video Mufti Menks yang berlegar di media sosial. Mufti Menk berpesan pada kita agar membuat persiapan rohani. Pohonlah keampunan dan taubat pada Allah sebelum bulan Ramadhan lagi. Mudahan kita dapat menyambut bulan Ramadhan 2023 dengan lebih tenang jiwa dan bersedia untuk beribadah kepadanya. Kita berharap Allah menerima taubat kita dan takut jika Allah tidak menerimanya.

Hamil? Jom lihat 7 Syarat Wanita Hamil Boleh Buka Puasa.

2 thoughts on “Ramadhan 2023. Bersediakah kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *