5 Cara Menghabiskan Duit Raya Awal Shaklee Dan Berseronok!

Ketibaan bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal pasti membawa 1001 kebahagiaan kepada ramai pihak. Tidak kurang juga sedikit kerisauan tentang perbelanjaan. Mana tidaknya, bulan Ramadhan dan Syawal amat istimewa buat umat Islam seluruh dunia. Pastinya semua ingin menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan meraikannya. Ramai juga yang cenderung untuk berbelanja lebih di dua bulan mulia ini jadi amat berharap dengan duit raya awal. Tidak buat ahli Shaklee. Ketibaaan duit raya awal dari Shaklee hampir sudah pasti buat mereka.

Duit Raya yang dinantikan kanak-kanak khasnya

Nak tahu seronoknya dapat duit raya awal dari Shaklee? Anda wajib klik sini!

Tiap bulan, Shaklee memberikan bonus pada 15 haribulan. Selain dari untung runcit atas jualan produk, Shaklee merupakan antara pemberi terbesar bonus kepada distributor berbanding syarikat serupa yang lain. Raya 2023 pula jatuh pada 22 atau 23 April. Lebih kurang seminggu sebelum raya. Pemberian duit raya awal dari Shaklee semestinya.

Jom! Kita lihat lima cara anda membelanjakan duit raya awal dari Shaklee. Nombor lima paling penting buat ramai orang.

Pertama, senaraikan keperluan raya anda dan berbelanjalah dengan bijak. Ini termasuklah juadah hari raya dan persiapan baju anak-anak khasnya. Tidak dinafikan, ramai ibubapa yang membeli baju raya sebelum bulan puasa lagi, namun jika anda jenis last-minute, inilah peluang anda. Rancang perbelanjaan dan pembelian agar tidak berlaku pembaziran.

Juadah raya yang menjadi kemestian di pagi raya.

Kedua adalah memberi duit raya awal kepada ibubapa. Tradisi kita adalah memberi duit raya di pagi raya. Namun tidak dalam keluarga fiela. Bapa fiela akan memberi duit raya awal. Kali pertama menerima duit raya awal, rasa sangat syukur dan lega. Apa taknya, banyak dapat diselesaikan apabila menerima duit raya awal. Apa kata kita bantu ibubapa pula. Pasti mereka merasa lega dengan bantuan raya awal dari anak mereka.

Ketiga adalah mengenepikan duit untuk duit raya anak-saudara. Ingat, paling seronok adalah menerima wang kertas baru dari bank sebagai duit raya. Bukannya duit yang sudah lusuh berlipat-lipat. Lagi seminggu nak raya, inilah masanya anda mengepikan sedikit duit raya awal Shaklee anda dan menukarkannya kepada duit baru di bank pilihan anda.

Keempat adalah membeli makanan untuk bersedekah. Bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan. Bersedekah di bulan Ramadhan amatlah dianjurkan. Gunakan sedikit duit raya awal Shaklee anda untuk tujuan ini. Belilah makanan kering tahan lama seperti makanan dalam tin untuk disedekahkan pada yang memerlukan. Kenapa makanan kering? Agar yang menerima, masih boleh memakannya walau selepas bulan Ramadhan.

Kelima adalah paling penting. Selesaikanlah dahulu hutang terdesak anda. Khasnya hutang pada individu (bukannya bank). Bukan apa, hutang bank ada skema pembayarannya tersendiri jadi asalkan anda membayar mengikut tempoh masa, anda selamat. Berbeza dengan hutang dengan rakan-rakan atau sanak-saudara. Kebiasaannya tiada hitam putih tentang tempoh pembayaran. Selesaikanlah walau sedikit dahulu hutang anda. Berterus-terang dengan mereka, ‘ bulan ni aku nak guna duit sikit, jadi aku bayar banyak ni dulu ye Mat.’ Haaa gitu! Tidaklah rakan kita tu bengkak hati melihat kita beraya sakan dan langsung tidak mengendahkan hutang yang ada.

Begitulah tadi lima cara anda berbelanja duit raya awal Shaklee! Nampak remeh namun percayalah, duit jika diurus, banyak boleh selesai. Bagaimana pula dengan anda? Dah bersedia nak terima duit raya awal dari syarikat anda? Atau terasa nak join Shaklee demi duit raya awal Shaklee? Jom terus hubungi fiela.

3 thoughts on “5 Cara Menghabiskan Duit Raya Awal Shaklee Dan Berseronok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *