Ingat lagi kecil dulu, suka betul kalau mak bagi vitamin c. Sebab rasanya sedap macam gula-gula. Kami kecil dulu tak boleh makan jajan sangat. Jadi dapat tablet kunyah vitamin C tu pun dah happy sangat. Ada masa nakal terlebih tu, bertablet-tablet di makan. Tak tau langsung pasal Vitamin C Overdose. Alhamdulillah Allah pelihara.
Meningkat dewasa, mulalah belajar sikit-sikit pasal vitamin c. Obsesi menjaga kesihatan kulit ni buatkan fiela beri lebih perhatian kepada vitamin c. Secara amnya vitamin c membantu menyihatkan kulit wajah dan membuatkan kulit lebih cerah bersih. Bermula dari tablet kunyah, ke tablet telan sehinggalah ke effervescent (larut ke dalam segelas air). Semuanya ada kelebihan masing-masing.
Ketika zaman pandemik Covid-19, vitamin c menjadi viral! Ketika itulah fiela menyedari kewujudan Sustained Release Vita-C Plus oleh Shaklee. Perkataan Sustained Release tu yang menarik perhatian ramai. Kelebihan vitamin c Shaklee ni adalah sistem pelepasan berperingkat yang memberikan dos berjumlah 500 mg selama lima jam. Ini untuk meningkatkan kadar penyerapan dan kebaikan optima vitamin C. Tiada istilah Vitamin C Overdose untuk yang ini. Bahkan jika ke farmasi, banyak lagi vitamin c jenama lain yang dos lebih tinggi dari ini.

Sustained Release Vita-C Plus ini juga merupakan suplemen larut air. Diperbuat dari ekstrak jagung, amat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitive. Vitamin C sebenarnya ada beberapa jenis; Ascorbic Acid, Buffered Vitamin C, Vitamin C dengan Bioflavonoids dan topical vitamin C.
Sustained Release Vita-C Plus mengandungi bioflavonoids. Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan. Unsur ini menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.
Secara amnya, vitamin c overdose akan menyebabkan kesan sampingan yang ketara. Ini termasuklah rasa mual, muntah-muntah, diarrhea, sakit ulu hati, kekejangan perut dan kembung perut. Alhamdulillah, sejak Shaklee mengeluarkan vitamin c pada tahun 1981, simptom-simptom Vitamin C Overdose tidak pernah dilaporkan oleh yang mengamalkannya.

Hingga hari ini. Vitamin C terus menerus mendapat tempat di hati pengguna vitamin. Harga Vitamin C Shaklee lebih rendah berbanding jenama lain di pasaran. Sebotol mengandungi 180 tablet dan bertahan sehingga 6 bulan.
Nak cuba Vitamin V Shaklee? Jom terus hubungi fiela di sini Wasap Fiela
Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.