Pejam celik, insya allah bertemu lagi kita bulan Ramadhan sekejap sahaja lagi. Insya allah tahun ni kami akan banyak berada di Langkawi, selain berharap dapat pulang sekejap ke rumah mentua dan ibubapa fiela sendiri.

Dah ganti puasa? Sempat lagi ni. Zaman menyusukan anak dulu, paling kerap kena ganti puasa. Makin-makinlah masa menyusukan anak pertama. Maklumlah, kali pertama kan, saspen tu lebih sikit. Masuk anak kedua, pemakanan tu lebih teratur, alhamdulillah mampu berpuasa sepenuhnya walau menyusukan anak.

Puasa di bulan Ramadhan adalah merupakan rukun Islam ketiga. Sebab itulah wajib kita semua menggantikan puasa jika tertinggal. Qadha puasa atau menggantikan puasa adalah mengikut bilangan hari yang anda tinggalkan. Puasa ganti ni boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadhan pada tahun seterusnya.

Berdasarkan sesetengah pendapat, bila nak puasa ganti, kita boleh niat pada selepas Asar sehari sebelumnya. Contohnya kita nak berpuasa sunat Isnin, maka Ahad petang dah boleh niat esok nak puasa ganti. Jadi secara langsung dapat pahala puasa sunat Isnin.
Jika anda ingin menggabungkan Puasa Ganti Qadha Ramadhan dengan puasa sunat yang lain, dibolehkan melafazkan niat dalam Bahasa Melayu sahaja.
Hukumnya adalah harus.
Contohnya:
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala.
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Sememangnya lebih baik jika kita dapat memahami maksud doa yang kita baca. Ini kerana kita akan lebih menghayati doa yang kita baca.
Lakukanlah puasa ganti secepat mungkin. Puasa ganti wajib ditunaikan sebelum tiba Ramadhan seterusnya. Next entry fiela akan share Set Sahur Lengkap dan Sihat. Insya Allah