Bukan rahsia lagi diet seimbang penting untuk kesihatan kita secara menyeluruh. Tapi tahukah anda bahawa sesetengah makanan bantu tingkatkan mood dan memori? Inilah kelebihan polifenol atau ‘polyphenols’.

Polifenol ada dalam pelbagai makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, herba, teh, kopi dan coklat. Polifenol terkenal sebagai anti-oksida dan anti-inflamasi. Kajian turut membuktikan polifenol membantu meningkatkan mood anda. Di samping itu membantu meningkatkan fungsi kognitif (ni termasuklah berfikir, belajar, ingatan dan komunikasi) dan juga meningkatkan kualiti tidur! Bagus bukan? Tak hairanlah polifenol semakin dikenali dalam dunia kesihatan.
Kalau ini belum meyakinkan anda tentang kebaikan polifenol, jom kita lihat 12 sebab kenapa polifenol baik untuk anda!
- Polifenol sedap! Manusia mudah tertarik dengan makanan yang berwarna pelbagai secara semulajadi. Dan di sinilah polifenol terkandung. Makanan seperti buah-buahan, coklat gelap, dan sayuran hijau menambah perisa makanan anda. Buah-buahan khasnya buah beri dan anggur amat kaya dengan polifenol.
- Polifenol bantu panjangkan hayat anda. Kajian awal menunjukkan polifenol membantu memanjangkan hayat seseorang. Pada 2018, satu kajian mendapati mereka yang mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan kaya polifenol setiap hari mengurangkan risiko kematian disebabkan kesihatan sebanyak 25%.
- Polifenol membantu mengurangkan risiko sesetengah penyakit kronik. Ini termasuklah kanser, sakit jantung dan diabetes. Kandungan anti-oksida dan anti-inflamasi polifenol bantu melindungi kita dari penyakit-penyakit ini. Kajian yang diterbitkan pada 2019, membuktikan pemakanan yang kaya dengan polifenol mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
- Polifenol bantu tingkatkan kesihatan am. Polifenol terkenal dengan prebiotic-like effect. Ini bermakna polifenol bantu meningkatkan bakteria baik dalam usus anda. Ini bukan sahaja bantu sistem penghadaman, tapi jugak meningkatkan mood anda!
- Polifenol bantu kurangkan berat badan berlebihan. Bukan sahaja kurangkan berat badan berlebihan tetapi jugak ukur lilit pinggang anda. Nak pakai baju cantik raya ni? Tambah polifenol dalam makanan seharian anda.

- Polifenol bantu tingkatkan kesihatan mental. Pemakanan kaya polifenol mengurangkan stress, meningkatkan fungsi kognitif dan mengurangkan risiko depresi. Ada satu kajian pada 2018 yang menunjukkan polifenol mengurangkan risiko depresi sehingga 11%.
- Polifenol tingkatkan kualiti senaman anda. Nakkan kehidupan yang lebih aktif? Pengambilan polifenol sebelum dan selepas senaman membantu mengurangkan kerosakan otot dan meningkatkan daya fizikal anda. Jadi anda kini boleh habiskan marathon anda!
- Polifenol mencantikkan kulit. Kandungan antioksida amat membantu dan mengurangkan kerosakan ke atas organ kita termasuklah kulit. Polifenol juga anti-inflamasi dan meningkatkan perlindungan kulit dari sebarang kerosakan, iritasi dan jangkitan.

- Polifenol bantu tingkatkan kualiti tidur. Ramai kita tiada masalah nak tidur namun tiada rasa segar apabila bangun tidur. Inilah dikatakan tidur tidak berkualiti. Kajian yang diterbitkan pada 2017, pengambilan polifenol sebelum tidur bukan sahaja membuatkan kita tidur lebih pantas, tetapi juga membuatkan tidur yang lebih lena dan nyenyak sepanjang malam.
- Polifenol mengurangkan inflamasi. Inflamasi adalah punca kepada kebanyakan penyakit kronik. Ini termasuklah kanser, sakit jantung, diabetes jenis 2, Alzheimer, asma dan rheumatoid arthritis.Polifenol mengurangkan inflamasi dalam badan dan ini mengurangkan risiko penyakit-penyakit ini dalam jangka masa panjang.
- Polifenol tingkatkan tenaga anda. Jika anda mencari energy-boost, makanlah makanan kaya dengan polifenol. Nak mudah? Makan je dark chocolate!
- Polifenol buat anda gembira! Tahukah anda ada sesetengah makanan berupaya meningkatkan mood anda? (dan ada membuatkan anda lebih serabut dan anxiety!) Kajian ke atas polifenol membuktikan diet seimbang kaya polifenol bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan menyeluruh bahkan meningkatkan emosi positif dan perasaan ceria.
Kesimpulannya? Tak kisahlah anda nak kurangkan berat badan, nak dapatkan tidur berkualiti atau sekadar nak tingkatkan kesihatan secara menyeluruh, masukkan polifenol dalam diet seharian anda. Jom amalkan makanan kaya polifenol hari ni. Nak mudah? Ada tau supplement kaya polifenol, Vivix! Klik je sini nak tahu lanjut
Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.
Wah bagusnya Polifenol ! ❤
Bagus sangat kan. Alhamdulillah. Make sure haryani amalkan tau!