9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!

SHAKLEE BUSINESS LEADERS’ NATIONAL CONFERENCE 2023 yang berlangsung baru-baru ini di Sunway Pyramid Convention Centre

Shaklee telah di asaskan sekitar 67 tahun lalu oleh seorang doktor perubatan, Dr Forest C Shaklee. Shaklee kemudian bertapak di Malaysia sejak 1988 dan merupakan antara syarikat yang paling lama di tanahair kita. Kenapa Shaklee bertahan begitu lama di pasaran? Cuba anda ingat kembali bagaimana sesetengah produk boleh meletup di pasaran dan kemudian hilang dari radar sama sekali. Ada banyak bukan? Itulah bezanya dengan Shaklee.

Produk insya allah best dah sebab tu boleh bertahan kat pasaran. Jadi jom kita lihat pula 9 sebab komuniti Shaklee best!

  1. Gemar berkongsi ilmu. Dari awal lagi fiela dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian di atas talian. Hampir setiap hari ada sahaja sesi sharing oleh pelbagai individu berpengalaman dan berilmu. Semuanya percuma dan hanya yuran komitmen diperlukan.
  • Saling sokong-menyokong. Upline fiela adalah kak Ida Ifaz. Kami tak pernah berjumpa dan sejujurnya fiela hanya mengenali beliau dari posting beliau di Facebook. Namun sokongan beliau berikan, membuatkan fiela terharu. Hari demi hari ada sahaja pesanan dan ilmu beliau titipkan melalui wasap. Begitu jugalah dengan rakan-rakan Shaklee lain. Saling sokong-menyokong dan berkongsi apa yang mereka tahu.
  • Team work. Nak pergi laju, pergi sorang. Nak pergi jauh, pergi bersama-sama. Fiela pegang kemas kata-kata ni sejak fiela terlibat dalam projek megablog Shaklee. Projek ni memerlukan kerjasama semua pihak terlibat. Nak berjaya, kita memerlukan kerjasama orang sekeliling kita. Nak dapatkan kerjasama orang sekeliling kita? Kita dulu yang mesti memberi kerjasama. Insya allah, Allah akan permudahkan untuk kita selepas itu.
Kelas di atas talian oleh Master Norita Idris
  • Upgrade knowledge. Paling fiela terkesan apabila fiela sertai kelas atas talian oleh Master Norita bertajuk ‘Menguruskan duit, rezeki dan hutang’. Fiela sangka kelas itu akan berkongsi bagaimana nak kira dan susun perbelanjaan dan bayaran hutang. Maklumlah dalam zaman inflasi, semua harga barang naik, ramai yang terkesan dan terasa beban kewangan. Namun ternyata Master Norita mengajar lebih dari itu. Ilmu agama yang mengubah persepsi dan pandangan fiela terhadap wang. Betul-betul upgrade knowledge! Fiela yakin ada banyak lagi perkongsian sebegitu selepas ini.
Gambar Shaklee Incentive Trip 2022 di Top of Europe – Jungfrau!
  • Meneroka seluruh dunia. Lihat saja gambar mereka berjalan-jalan di luar negara. Semuanya di atas insentif Shaklee itu sendiri. Bahkan ada yang bawa suami dan anak-anak sertai sekali. Target tahun ni nak melancong ke Korea dan Los Angeles!
  • Ukhuwwah harmoni. Shaklee amat mementingkan ilmu. Orang berilmu, akhlaknya baik. Mahu atau tidak, ukhuwwah yang terbina insya allah lebih harmoni.
  • Tak membeza-bezakan level. Apabila dalam komuniti ni, kita kadang-kadang tak perasan sape level atas dan sape level bawah. Sebab rendah dirinya mereka yang dah berjaya. Mereka tak membeza-bezakan kita walaupun kita newbies dan banyak benda tak tahu.
Antara produk Shaklee paling digemari ramai kerana kandungan Polifenol.
  • Fokus pada produk sendiri. Ini paling fiela seronok. Shaklee beriya berkongsi maklumat tentang produk sendiri. Fokus Shakle adalah meningkatkan kualiti hidup komuniti Shaklee sendiri. Tanpa membeza-bezakan dengan produk jenama lain.
  • Pelbagai pangkat, taraf hidup dalam satu komuniti. Inilah yang paling amazing. Kat mana lagi kita dapat bersua muka walau atas talian bersama golongan jutawan? Ataupun golongan akademik seperti pensyarah? Atau golongan pakar perubatan seperti medical doctor? Fiela pula sebagai surirumah amat bersyukur dapat bersua muka dan belajar banyak benda dari mereka. Mudahan mereka juga mendapat manfaat dari Fiela insya Allah.

Nahh…itulah dia 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best! Semoga anda pun mendapat rezeki berada dalam komuniti bisnes yang sangat best! Nak lagi best? Sertailah kami. Insya allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *