
Pasti anda pernah dengar tentang supplement untuk kesihatan mental bukan? Supplement seperti magnesium, omega-3 dan vitamin B-Complex kerap dikaitkan dengan mengurangkan stress, peningkatan mood dan memperbaiki fungsi mental. Bahkan pakar kesihatan turut mengesyorkan supplement ini untuk membantu merawat gangguan kesihatan mental. Adakah supplement ini betul membantu?
Jom tengok dulu apa sebenarnya supplement kesihatan mental. Supplement kesihatan mental adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membantu merawat kesihatan mental. Beberapa contoh supplement kesihatan mental yang kerap diamalkan adalah magnesium, omega-3 dan vitamin B-complex. Kajian menunjukkan kesemua supplement ini dapat membantu meningkatkan fungsi otak, mengurangkan stress dan meningkatkan motivasi atau mental. Ada beberapa kertas kajian yang membuktikan kenyataan ini, seperti ini, Omega-3 Fatty Acids in the Treatment of Psychiatric Disorders . Artikel Portal Rasmi KKM pun pernah menyatakan omega-3 membantu mencegah kemurungan. Klik sini Omega-3 Laut Dalam.

Supplement ini juga membantu memperbaiki sistem saraf, mengurangkan rasa ragu dan menggalakkan tahap kecergasan mental yang lebih tinggi. Bahkan supplement ini sebenarnya berdasarkan amalan remedi tradisional yang telah lama dipraktikkan untuk merawat sesetengah penyakit mental. Setelah kajian moden dijalankan, didapati amalan turun-temurun ini bukan sahaja selamat diamalkan malahan membantu merawat gangguan kesihatan mental. Berdasarkan kajian tersebutlah muncul supplemen kesihatan mental kini.
Pasti anda masih ingat Covid-19 bukan? Pasti anda juga tahu, kebanyakan yang meninggal dunia kerana Covid-19 adalah golongan yang mempunyai sistem imuniti yang lemah, seperti warga emas yang uzur, individu yang mempunyai penyakit kronik lain termasuklah diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan banyak lagi. Golongan ini apabila dijangkiti virus tersebut, amat berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa. Begitulah juga dengan kesihatan mental kita. Supplement membantu meningkatkan kesihatan saraf dan otak kita. Agar apabila menerima tekanan luar seperti stress atau juga pelbagai lagi punca sakit mental, otak lebih bertahan dan mampu meneruskan fungsi seperti biasa. Kita adalah apa yang kita makan, jadi jika pemakanan mampu membantu meningkatkan fungsi otak dan saraf serta memperbaiki mood dan emosi, bukankah bererti kita wajar lebih memilih apa yang kita makan seharian?

Jadi adakah supplement kesihatan mental sebenarnya berfungsi? Ini terpulang kepada individu tersebut. Sentiasa ingat bahawa supplement bukanlah ubat tetapi sekadar mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan. Dalam masa yang sama, nutrisi inilah yang membantu meningkatkan fungsi saraf dan otak dan seterusnya meningkatkan kesihatan mental. Bahkan kekurangan nutrisi tersebut boleh menyebabkan kemurungan akibat fungsi otak dan saraf yang terganggu. Jika anda adalah seorang yang sihat tubuh badan dan amat menitikberatkan kandungan nutrisi dalam pemakanan seharian, jangan risau kerana kebanyakan nutrisi ini amat mudah didapati dalam makanan. Namun jika anda seorang yang makan mana ada, wajar anda renungkan semula keperluan supplement anda.
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee #pengedarshakleelangkawi
Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.