Apa itu blog megashaklee 1.0 dan sekarang berharap nak join 2.0 pula?

Group Cover Photo untuk Projek blog megashaklee 1.0

Satu tengahari yang terik, tengah ambil anak pulang dari sekolah, tiba-tiba dapat whatsapp dari upline, Kak Ida Ifaz, bertanyakan berminat tak nak join projek bina blog. Anda boleh lawat blog beliau di sini, suplemenhebat.com . Fiela sedar yang blog atau website kita sendiri sebenarnya adalah platform marketing yang lebih stabil berbanding medial sosial. Jadi tanpa berfikir panjang, sambil menemani anak makan tengahari, fiela terus isi borang online yang disediakan tanpa mengetahui apa pun maklumat projek.

Keesokan harinya, walaupun terlepas briefing pertama, fiela sempat join briefing kedua. Sebab perangai 5 minit fiela jugak, fiela terus karang post yang pertama tanpa meneliti dahulu maklumat dari briefing pertama. Berdasarkan tajuk diberi, intermittent fasting, fiela buat rujukan dan mula mengarang. Dapat sahaja tajuk kedua, set kurus Shaklee, pun fiela buat yang sama. Rasa syukur dan lega dapat siapkan dan fiela sangka fiela dah buat mengikut semua kriteria diperlukan. Tak fiela sedar yang bahawa ada maklumat penting terselit dalam briefing pertama. Pengajaran pertama dipelajari, tenang dan sabar membuat kerja. Teliti dahulu maklumat diberikan.

Projek Blog Mega Euphoria Shaklee sebenarnya diusahakan bersama oleh Master Norita dan Master Salwa. Projek ini dijalankan dengan niat mewujudkan semula fenomena Shaklee viral di atas talian seperti yang pernah terjadi tidak lama dahulu. Platform yang dipilih adalah blog dengan gabungan media sosial. Projek 1.0 menyaksikan seramai lebih kurang 150 peserta menjayakan projek dengan cemerlang.

Walaupun tempoh projek yang singkat, banyak sebenarnya dapat belajar dari projek ni. Di samping tips-tips SEO dari Master Salwa, Master Norita jugak banyak memberi input bermanfaat bukan sahaja tentang Shaklee tetapi jugak tentang menjalankan kehidupan seharian. Projek ni juga membuka peluang kepada newbie seperti fiela untuk berkenalan dengan otai-otai bloggers Shaklee. Gerun rasanya melihat website mereka. Padat dengan info dan sedap mata memandang.

Ilmu SEO adalah antara yang terselit dalam projek ini.

Sejujurnya memang seronok berada di kalangan mereka yang berilmu. Teringat kata pujangga, ‘jika kita berada dalam bilik yang mengandungi 10 jutawan, kita akan menjadi jutawan yang ke 11’. Begitulah perasaan berada bersama mereka berilmu. Sedkit sebanyak ilmu mereka curahkan pada kita.

Kini tempoh saringan untuk projek 2.0. Begitu berharap dapat sertai projek 2.0 pula. Bukan apa, projek ini umpama booster kepada alam blogging bersama Shaklee. Boleh buat bersendirian tapi impaknya pasti kecil berbanding buat bersama-sama. Nak pergi laju, pergilah sendirian. Nak pergi jauh, pergilah berkumpulan. Setiap kali bersua-muka dengan Master Salwa dan Master Norita, ada sahaja tips dan panduan yang dikongsi bersama. Upline fiela pun sama. Baru-baru ini beliau kongsikan panduan menulis blog yang lebih berkesan. Tidaklah lagi kita tulis blog syok sendiri. Tiba masanya tulis blog untuk memberi manfaat pada yang lain pula.

  • #shakleethrive2023
  • #shakleetriumph2023
  • #blogmegashaklee
  • #pengedarshakleelangkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *