
Di bulan puasa 2023, umat Islam akan mula berpuasa pada 22 atau 23 Mac. Umat Islam dari seluruh dunia akan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari dan mesti disertakan dengan niat. Ini bermakna, umat Islam di Malaysia khasnya, tak makan dan minum selama sekurangnya 10 jam setiap hari.
Dari segi pandangan kesihatan, bulan puasa amat membantu membaikpulih sistem pencernaan badan manusia. Selama 11 bulan manusia makan tanpa henti. Bulan puasa ini merehatkan sistem ini sehingga 10 jam setiap hari. Tak kurang juga yang berhajat untuk mengurangkan berat badan di bulan ini agar lebih mudah beribadah. Insya allah.
Namun tahukah anda, tanpa nutrisi yang lengkap, bulan puasa boleh membawa mudarat? Sebab itulah di dalam Islam, ada pihak yang tidak diwajibkan berpuasa. Termasuklah mereka yang bekerja buruh atau dalam perjalanan lebih daripada 2 marhalah, orang tua yang uzur, orang sakit, ibu hamil serta yang menyusukan anak.
Di awal fasa berpuasa, badan akan mendapatkan tenaga dari glukos yang disimpan dalam hati dan otot kita. Apabila semua glukos ini telah digunakan, sumber tenaga seterusnya adalah lemak-lemak yang berkumpul dalam badan. Tempoh berpuasa yang lama akan memecah lemak di dalam badan kepada protein dan seterusnya membekalkan tenaga. Keadaan ini boleh membawa kemudaratan sebab tanpa nutrisi yang cukup, proses ini boleh menyebabkan ‘muscle breakdown’ di mana sel otot badan akan mula terurai untuk ditukar kepada tenaga. Selain itu boleh juga menyebabkan keletihan melampau dan dalam jangka masa yang panjang mengurangkan kadar metabolisma badan anda. Ini menyebabkan anda lebih kerap rasa tidak bertenaga dan sukar mengurangkan berat badan.
Amatlah penting memastikan badan mendapat nutrisi yang cukup di bulan puasa. Sewaktu sahur dan berbuka, pilihlah makanan yang mengandungi protein dari sumber rendah lemak dan kalori. Sebab itulah Shaklee Malaysia dengan berbesar hati menawarkan harga promosi untuk produk ESP Shaklee. ESP Shaklee amat popular sebagai sumber protein sihat.

Satu canister ESP adalah 850g. Ini memberikan 30 hidangan iaitu 28g untuk setiap hidangan. ESP, atau nama panjangnya Energizing Soy Protein, membekalkan 9 amino asid yang amat diperlukan oleh badan. Ramai penggemar ESP akan membancuh ESP dengan segelas susu, jus buahan, air kosong atau apa saja air kegemaran mereka.
Berapa harga promosi ni? Untuk ahli baru, hanya RM150 dan anda dapat dua canister! Sangat jimat kerana harga biasa adalah RM161 untuk satu canister. Cepat-cepat dapatkan ESP dengan harga istimewa ini sebagai persiapan bulan puasa anda.


Berminat nak dapatkan peluang promosi? Jom buat pesanan di sini
Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.