
Pada tahun 2020, sebanyak 631 kes bunuh diri dilaporkan. Pada tahun berikutnya, 2021, 1142 kes dilaporkan. Peningkatan sebanyak 81%! Tingkah laku bunuh diri amat berkait rapat dengan masalah mental. Masalah mental pula boleh dicetuskan oleh stress yang berpanjangan. Apa kena-mengena makan dan kondisi kesihatan mental?
Pasti anda juga antara yang sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat. Pasti ini sedikit sebanyak mencabar kesihatan mental anda. Anda tidak keseorangan. Statistik di atas membuktikan berapa ramai sebenarnya hidup dalam keadaan tertekan dan mempengaruhi kesihatan mental mereka. Tapi makan boleh mempengaruhi kondisi kesihatan mental?

Biasa tak dengar, orang yang kekurangan berat badan atau terlebih berat badan amat mudah mendapat penyakit? Begitu juga dengan mental kita. Jika badan sihat, kesihatan mental secara tidak langsung adalah lebih baik. Zaman ni dengan tekanan hidup, campur pula dengan pemakanan kurang sihat, semua ini menyumbang kepada stress dalam hidup. Stress berpanjangan pula akan memberi kesan kepada kondisi kesihatan mental kita.
Apa yang kita makan sebenarnya amat mempengaruhi perasaan dan emosi kita. Apatah lagi kesihatan mental. Ada beberapa nutrisi yang perlu ditekankan dalam menjaga kondisi kesihatan mental. Nak gembira? Ambil tahu tentang nutrisi-nutrisi ini:
- Asid lemak omega-3. Antara kelebihan Omega-3, selain dari menurunkan kadar kolestrol dalam badan, adalah baik untuk kesihatan otak. Hasil kajian menunjukkan Omega-3 mampu membantu mengurangkan simptom depresi, anxiety (kebimbangan atau rasa cemas yang berlebihan) dan gangguan mental yang lain. Omega-3 bertindak mengurangkan inflamasi atau kerosakan dalam otak dan meningkatkan fungsi neurotransmitter. Dalam kata lain. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan dan fungsi otak manusia.
Sumber utama omega-3 termasuklah ikan salmon, ikan tuna, ikan kembung, ikan tenggiri dan kebanyakan ikan yang kaya kandungan lemaknya mengandungi Omega-3 yang tinggi. - Vitamin B. Tahukah anda, kekurangan Vitamin B amat memudaratkan fungsi neuron. Neuron secara ringkasnya adalah cara sel-sel badan manusia berkomunikasi. Tanpa neuron, banyak fungsi badan akan terganggu termasuklah otak kita. Kekurangan vitamin ini berisiko menyebabkan seseorang mengalami masalah mental yang serius seperti halusinasi.Vitamin B amat mudah didapati dalam pemakanan seharian kita seperti daging merah, telur, susu lembu, sayuran seperti bayam, cauliflower, timun dan lobak. Juga ada dalam kekacang seperti almond dan kacang tanah .
- Vitamin D. Badan kita akan hasilkan sendiri vitamin D apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan depresi, anxiety dan masalah mental yang lain. Contoh paling mudah, anak kecil yang bermain dalam sinaran matahari lazimnya lebih gembira dan tenang berbanding anak yang sentiasa terkurung di dalam rumah. Cuma perlu berhati-hati dengan sinaran UV. Digalakkan mendapatkan sinaran matahari sebelum jam 9 pagi dan selepas jam 5 petang. Elak ketika matahari terik kerana ketika ini sinaran UV amat tinggi dan gunalah sunblock sentiasa.
- Magnesium. Magnesium adalah mineral yang diperlukan dalam kebanyakan fungsi badan termasuklah kawalan emosi dan kualiti tidur. Kekurangan magnesium boleh menyebabkan gangguan tidur, mudah berasa cemas yang melampau (anxiety) dan lebih parah menyebabkan depresi dan halusinasi. Biarpun magnesium amat mudah didapati dari sayuran berdaun dan kekacang, namun masih ramai antara kita yang kekurangannya.

Secara kesimpulannya, makan memang dapat elak stress dan seterusnya menjaga kondisi kesihatan mental kita. Namun yang menjadi persoalan, makan apa? Soalan kedua pula adalah, adakah mencukupi apa yang kita makan? Sebab itulah ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil supplement. Supplement bukanlah ubat namun membantu mencukupkan nutrisi dalam diet seharian kita. Ibu-ibu rasa down, burn-out dan tak semangat? Cuba amalkan nutrisi di atas. Semoga dapat membantu.
Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.