Ubat Kurus

Kalaulah ada ubat kurus yang betul berkesan dan dalam masa yang sama selamat, pasti ramai sangat yang akan mengambilnya. Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi 2019, separuh dari populasi dewasa di Malaysia adalah sama ada mengalami berat badan berlebihan (30%) atau obes (20%). Nak kurus bukan sahaja nak cantik atau segak tapi jugak nak sihat.

Ubat kurus di pasaran adakalanya lebih mengundang duka dari suka. Sesetengah ubat menyebabkan symptom-simptom seperti tekanan darah tak stabil, sakit kepala dan jantung berdebar. Lebih teruk lagi, symptom ini ada yang berkekalan walaupun dah berhenti mengambil ubat berkenaan.

Sebab tu lah ramai yang berubah kepada supplemen. Supplemen ni sebenarnya bukanlah ubat kurus, tetapi vitamin serta nutrisi tambahan yang kita ambil untuk membantu mengurangkan berat badan. Biasanya nutrisi ini membantu memecah lemak tepu (seperti omega), membakar lemak melalui peningkatan metabolism badan (lecithin), membantu pengeluaran dan  pembentukan otot tanpa lemak (leucine) dan detox atau yang sebenarnya adalah merangsang pergerakan urus dan membersihkan najis yang tersekat.

Jika ada satu ubat untuk atasi semua masalah kesihatan kita, apakah ubat itu?

Ubat kurus dalam bentuk set supplement sebegini adalah lebih baik kerana tidak mengandungi bahan ‘cepat kurus’ yang akhirnya membinasakan diri. Satu lagi bahan paling berkesan adalah meal-replacement. Ini amat penting kerana masalah obesiti negara kita biasanya kerana isu terlebih makan. Apabila kita makan makanan yang berkalori tinggi dan lebih dari keperluan badan, makanan tersebut akan ‘disimpan’ sebagai lemak. Setiap hari kita menyimpan, lama-lama pasti jadi bukit. Betul? Begitu jugalah dengan lemak dalam badan kita.

Sebab tulah Shaklee berkempen “Hello New You!”. Apabila berat badan turun, kita menjadi lebih sihat dan yakin dengan diri. Hello awak yang baru! Set ini mengandungi supplement yang membekalkan nutrisi sebagai pengganti ubat kurus tadi! Antara produk dalam Set Kurus Shaklee ini termasuklah Mixed Soy Protein Chocolate Shake, atau terkenal dengan nama Cinch Chocolate, Omega Guard Shaklee, Lecitin dan Herb Lax. Lebih istimewa, set ini menyokong plan pemakanan seperti Diet Suku-suku Separuh, Intermittent Fasting dan juga Keto Diet.

Jom lihat kebaikan setiap supplement tadi:

Hello New You Shaklee

Menarik bukan?! Shaklee terbukti telah membantu ramai rakyat Malaysia bahkan penduduk dunia ke arah kesihatan yang lebih baik. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan ubat kurus anda sekarang!

Penafian: Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit atau masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalak untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

2 thoughts on “Ubat Kurus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *