Pantang-larang Intermittent Fasting

Viral sungguh Intermittent Fasting. Sejak tamat PKP, masing-masing berlumba-lumba nak hilangkan lemak yang diternak masa berkurung di rumah. Ye tak? Tapi tau ke apa sebenarnya intermittent fasting atau IF ni? Intermittent Fasting ni adalah satu pelan pemakanan yang menetapkan bila kita makan dan bila kita ‘puasa’.

Biasanya, orang yang nak turunkan berat badan, fokus utama mereka adalah apa yang di makan. Haaa berbeza dengan intermittent fasting. IF fokus utama adalah pada bila nak makan dan bukannya apa nak di makan. Kajian menunjukkan IF memang berkesan untuk mengawal berat badan dan bantu kita elak sesetengah penyakit jika dibuat dengan betul dan konsisten. Memang ramai yang dah berjaya dapatkan berat badan idaman dengan IF ni. Sebab tu lah IF sangat viral.

Badan manusia ni sebenarnya berupaya untuk bertahan dan berfungsi tanpa makanan selama beberapa jam hinggalah ke beberapa hari. Zaman prasejarah dulu, sebelum manusia belajar untuk bercucuk tanam, manusia mengumpul makanan dari sumber hutan macam buah-buahan liar dan kekacang. Bayangkan berapa lama manusia perlu ‘berpuasa’ sementara mereka mengumpul makanan!

Setelah beberapa jam tanpa makanan, badan kita akan kehabisan kalori dari makanan yang kita makan tadi dan akan mula membakar lemak. Lemak-lemak ni adalah yang terkumpul dalam badan selama ini. Dari situlah kita berterusan mendapat tenaga walaupun berpuasa. Inilah dinamakan ‘metabolic switching’ dan inilah rahsia keberkesanan IF. Semestinya, kita tetap perlu mengawal jumlah kalori yang di ambil. Kata mudah, semakin banyak kalori kita makan, semakin lambatlah ‘metabolic switching’ itu berlaku. Namun yang seronoknya, IF menggalakkan kita makan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berpada-pada. Beza kan dengan keto diet atau low-carb diet atau pelbagai lagi jenis diet yang mengehadkan pemilihan makanan kita.

Nampak selamat kan intermittent fasting ni. Tapi jangan tak tahu, ada pantang larang untuk IF ni sebenarnya. Ada yang mencuba IF ni untuk mengawal berat badan. Ada juga untuk mengatasi masalah kesihatan seperti ‘irritable bowel syndrome’, kolestrol tinggi dan arthritis. Walaubagaimanapun, ada golongan yang seharusnya mengelak IF ini:

  • Kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah
  • Wanita mengandung atau menyusukan anak
  • Pesakit diabetes type 1. Walaupun banyak kajian klinikal menunjukkan intermittent fasting selamat untuk pesakit diabetes type 2, namun tiada kajian dijalankan ke atas pesakit diabetes type 1. Pesakit diabetes type 1 perlu mengambil insulin, maka IF dikuatiri boleh menyebabkan hypoglycemia, khasnya dalam tempoh ‘puasa’.
  • Mereka yang mempunyai sejarah ‘eating disorder’ atau gangguan pemakanan seperti anorexia nervosa dan bulimia nervosa serta lain-lain.

Selain yang disenaraikan di atas, intermitten fasting adalah selamat. Walau anda digalakkan memakan pelbagai jenis makanan semasa IF, tetaplah beringat. Makanan sihat pasti menyihatkan tubuh badan dan makanan kurang sihat pasti membawa penyakit. Jom kita tengok pula 10 manfaat intermittent fasting!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *