Kerap dengar ibu-ibu berhenti kerja demi membesarkan anak-anak sendiri. Berhenti mengejar impian sendiri agar dapat mengasuh anak-anak sendiri. Bertahun kemudian, bila anak-anak mula bersekolah, barulah ibu-ibu ni mengejar kembali impian mereka. Ada yang memulakan perniagaan, ada yang membuka restoran, ada yang memulakan hobi baru. Ada juga yang terus kekal di zon selesa dan tak memulakan apa-apa.

Awalnya tak dapat terima ni. Kenapa si ibu pula yang kena berkorban impian demi membesarkan anak? Impian si ibu tak penting ke? Bukankah membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama? Tak dapat ke sambil membesarkan anak, sambil mengejar impian? Ada orang boleh je?!
Bila suami mula sibuk dengan kerjaya, beliau betul-betul fokus pada kerja. Kerjanya pula memang menuntut perhatian dan masa sepenuhnya. Tak di nafikan ada masanya menguji diri ini dan anak-anak. Bertambah teruji bila kita sendiri kena bahagikan masa antara keluarga dan cita-cita.
Masa itulah fiela mula faham maksud ibu-ibu ni tadi. Ada ibu memang perlukan masa dan ruang untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu. Ada ibu belum mampu nak berbahagi tenaga dan perhatian antara mengasuh anak kecil dan mengejar cita-cita.
Jalan penyelesaian? Fokus pada anak itu dahulu, pentingkan apa yang tak boleh ditangguh, iaitu membesarkan anak. Bila anak dah masuk 3 atau 4 tahun, insya allah kita boleh betul-betul tumpukan perhatian pada yang lain pula. Sekejap je kan? 🙂

Abaikan mereka-mereka yang mencerca. Hidup kita, kita yang tentukan 🙂