oppps….ni bukan skim cepat kaya guna wasap tau! Tak reti skim skim ni. skimmed milk takpe. Tapi yang tu siyes tak sedap…tsskkk
Facebook terlalu banyak isu sekarang. Asyik block orang pos dan komen dan pelbagai lagi. So fiela fokus wasap.

Bayangkan dengan produk baru ni, fiela memang fokus wasap dan alhamdulillah sales memang masuk hasil dari kita promote di wasap atau kita panggil wasap marketing.
Kelebihan Wasap Marketing

- Wasap lebih mesra. Kebanyakkan contact wasap kita adalah rakan-rakan dan ahli keluarga.
- Tiada isu kena ban atau block macam FB. MELAINKAN anda wasap no yang anda tak kenali dan mereka boleh report anda sebagai SPAM. Jika no anda dikenalpasti oleh wasap sebagai SPAM, no tersebut akan disenaraihitam dan tidak dapat menggunakan wasap sampai bila-bila. BERHATI-HATI
Apa teknik wasap marketing?
WASAP STATUS
Wasap status ni, ada syaratnya; orang mesti save no kita dan kita mesti save no mereka. Barulah mereka dapat melihat status wasap kita.
Apa rahsia kita pastikan status wasap kita dilihat oleh rakan-rakan?
ok ni teknik yang fiela buat dan alhamdulillah memang menjadi.
setiap hari fiela akan update status setiap setengah jam.
Perasan tak kalau kita buka status wasap, status wasap terkini, akan berada di atas sekali. Kita nak status kita berada di atas sekali sepanjang masa. Sebab tu fiela update status setiap setengah jam.
TETAPI untuk mengelakkan lambakan status wasap kita, pastikan anda delete status wasap yang lama-lama. Macam fiela, fiela akan biarkan 3 status yang terbaru. Yang lama fiela akan delete. (jika tidak, status wasap tersebut akan delete selepas 24jam).
Kenapa kita taknak lambakan status?
Sebab apabila terlalu banyak status dari kita, rakan-rakan akan skip status kita. Terlalu banyak=muak π
Mudah bukan? π
ingat, marketing adalah buat orang nampak produk kita. Kita nak buat mereka sampai termimpi-mimpi produk kita sebab asal bukak wasap je nampak status kita dahulu.
Status wasap anda hendaklah gambar yang jelas dan menarik. Pastikan anda letakkan caption beserta gambar. Jangan gambar sahaja.
Cth status wasap
1- kata-kata motivasi
2- gambar produk
3- testimoni pelanggan
4-video tutorial
pagi-pagi wish selamat pagi
petang-petang tunjuk sikit gambar riadah dengan anak-anak ke. π barulah rakan-rakan wasap kita tau kita ni wujud lagi dan wasap kita bukan diuruskan oleh robot
ulang status yang sama pun tak menjadi masalah. yang penting kerap update status dan pastikan anda menambah bilangan rakan wasap anda setiap hari. π
GOODLUCK. Konsisten buat dan nikmati hasilnya π