RAIKAN KEJAYAAN, TIDAK KIRA SEKECIL MANA KEJAYAAN ITU.

Bila ditanya di mana fiela 10 tahun lalu, fiela hanya mampu tersenyum. Sepuluh tahun lalu atau 2008, fiela merupakan fresh graduate. Berjaya tamatkan pengajian sarjana muda di UNIMAS dan mencari-cari peluang kerjaya. 

Seperti graduan ‘cemerlang’ yang lain, fiela memohon untuk menjadi reseach assistant dengan harapan memudahkan permohonan biasiswa untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana pula. 

Akibat tiada hala tuju yang jelas, dalam masa yang sama fiela  memohon menjadi guru sandaran di salah sebuah sekolah berhampiran dengan rumah. Bila dikenang kembali, boleh dikatakan yang fiela sebenarnya memang mahukan kerja ini. Bayangkanlah fiela boleh bawa resume dan pergi berjumpa denga guru penolong kanan sekolah tersebut. Beliau menemuramah fiela dan serta merta fiela ditawarkan jawatan Guru Sandaran Tak Terlatih. 

Sedangkan prosedur biasa adalah menghantar permohonan kerja ke Jabatan Pendidikan Negeri dan mereka yang akan menempatkan kita di sekolah yang memerlukan. Tapi fiela lakukan dengan jalan pintas dan alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya. 

Enam bulan fiela berkhidmat di sekolah itu. bermula mei 2008 hinggalah Disember 2009. Dalam masa yang sama, didesak untuk menyambung pelajaran. Hinggakan fiela mengalah dan mengambil keputusan menyambung pelajaran di Jepun. Bakal suami ketika itu telahpun menyambung pelajaran di sana dan beliaulah yang menguruskan segala dokumen dan pendaftaran. Fiela ketika itu umpama mengikut arus semata-mata. Langsung tiada hala tuju dan target dan perancangan masa depan. 

bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *