Meh nak share teknik baca pantas.
Ada 3 step.
1-Scan
Maksudnya kali pertama baca, kita baca pantas, scan je. Tak perlu paham sbijik2 perkataan, yang penting paham maksud ayat tu! Kebanyakan masanya kita terlalu fokus kat satu-satu perkataan, sedangkan kalau kita baca keseluruhan ayat tu, kita paham je maksud ayat tu, walaupun ada 1-2 perkataan kita tak pernah dengar pun. Masa scan ni la kita tentukan sama ada apa yg kita baca tu berbaloi nk di fahami lebih lanjut ke tak.
2- Fahami
Kalau berbaloi, baru la baca kali kedua- faham betul-betul. Kalau dah kita tentukan ape yg kita baca ni penting, then baca lagi sekali. Dan kali ini pasti kita dah tau nak fokus kat mana, nak lebih paham yg mana.
3- Fahami betul2
OK. kadang-kadang kita memang perlu betul-betul faham. Jadi ni ambik masa sikit. Baca perlahan sikit dan kalau tak paham jugak, then boleh baca kuat-kuat, maksudnya sebut perkataan tu kat diri sendiri. ulang sampai paham. Tak paham, baru tanya.
Itu rahsianya. Rahsia orang berjaya adalah membaca. Tapi orang berjaya ni biasanya xde masa yang banyak. Masa mereka padat dengan aktiviti produktif. Sebab tu mereka buat semuanya pantas. Pantas dan berkesan! Seperti membaca.
Sama macam kemahiran lain, membaca pun kemahiran yang makin kerap kita praktikkan, makin hebatla kemahiran kita. Maksudnya, makin kerap kita membaca pantas, makin pantas la kita membaca.