Pengalaman jatuh kapal

Pengalaman fiela jatuh kapal.

Awal tahun ni fiela buat keputusan untuk bermula dari bawah. Untuk mula sebagai dropship. Walaupun dah 3 tahun dalam bidang ni, fiela tak pernah berada kat bawah. Fiela terus menerus jadi leader. I was born leader. Kata omputeh. hahaha. GURAU

So kali ni fiela buat keputusan untuk duduk kat bawah. Bayar yuran rm20 dan dudukla ko sebagai dropship.

BERITA-UTAMA-Perahu-Tenggelam
ni jatuh sampan. bukan jatuh kapal. 

 

Cuma bijaknya fiela..ecece..puji diri sendiri. hahaha.. Cuma bijaknya fiela pilih program dropship yang founder sendiri guide kita. Bukan ape.  Sebelum tu pernah buat keputusan tak berapa bijak. Join dropship yang takde guidance sangat. So terkontang-kanting jugakla. info produk semua cari sendiri. Sedih jugakla time tu. Kita ni kan manja *rolling eyes*

So lepas keputusan bijak tu, fiela daftar dan mula la di masukkan ke group support kat whatsapp, telegram dan facebook. Punya la banyak! Time tu naik lemas jugak. Sebab banyak sangat group.

1744173tenggelam780x390
sakitnya lemas. xkisahla lemas dalam air atau lemas secara mental. jangan lemaskan diri anda. selalu cari jalan keluar.

Tapi sebelum selam, fiela tarik nafas dalam-dalam dan study satu-satu. Group mana nak fokus, kat mana nak kumpul info, group mana nak aktif respond dan sebagainya. Dalam masa seminggu fiela dah fokus semula dan takla lemas sangat, hahaha. Biasanya kita jadi lost dan sesat dan lemas sebab kita main selam je. Kita sendiri tak susun ape nak buat dan ape nak fokus.

Ni nak share apa yg fiela belajar sebagai dropship.

  1. Takde produk xbermakna takleh jual. Paling penting kenal produk tu . Nak kenal macam mana? Baca pasal produk, kaji feedback pengguna. Bila dah kenal baru la cinta. Ye tak? Majoriti dropship xde modal nak beli produk tu walaupun untuk kegunaan sendiri. Sape kata jual produk tu bermakna kita kna GUNA DULU produk tu? Tak semestinya. Kalau dah beribu feedback kata bagus, agak-agak produk tu bagus ke tak bagus?
  2. BACA! ni lagi satu kelemahan dropship. Majoriti kita ni malas sangat nak membaca. Aduhai… fiela faham, ramai sebab takde masa nak baca. Macam husband fiela la. Kalau tunjuk mesej wasap kat dia kan, fiela baca 1 minit je, dia baca 10 minit! hahaha. Adoi. memang la xde masa nak baca gitu. Dia xpela. Dia x spend masa membaca. Dia spend masa menembak ajer. hehe. Kita ni kena la belajar cara baca pantas. Barulah banyak yang kita boleh baca dan belajar.
  3. Sedar diri tu sape. OK. Kasar pulak bunyi nyer ye. hehehe Maksud fiela, kalau dsv yang dah fames pun berkali-kali promote produk pamoga dia tu, apatah lagi rakyat marhaen macam kita ni? Kalau syarikat gergasi Coca-Cola tak pernah berhenti promote air mereka, apatah lagi kita? Ni tak. Baru promote sminggu dah meroyan. Baru promote sebulan dah give up. Come on la. Konsisten je la. Konsisten dan upgrade ilmu anda. Takkan ade usaha yang takde hasil. Tambah-tambah lagi yang disertakan dengan ilmu.

Buat ni, hati kena kering. Maksudnya, bila orang kutuk, kita rilek je. Bila xde sale, kita buat lagi wow. Janganla hati tisu, kena kutuk sikit terus sorok dalam selimut, sebulan berkabung. Kalau leh buat duit gitu xpe gak.

eheh..cam x senonoh nau bunyi nyer.

Ok. Fiela kongsikan 3 je dulu.

Nanti fiela kongsikan teknik baca pantas. Nak tak? berdasarkan pengalaman fiela semak ratusan penulisan student fiela.

haaaa..best ilmu ni. Ingat subscribe. Baru la x terlepas ilmu best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *