Apa itu AKPK … part 1

btr
apa itu akpk

alhamdulillah hari ini sempat ikut program akpk bersama suami.. stigma akpk akan membuatkan kita terbeban dan diisytiharkan muflis hilang sama sekali.. so arini nak kongsi sedikit pasal akpk

akpk merupakan satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada april 2006.. dimana akpk ini ditubuhkan dengan objektif untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah kredit. atau ayat akpk di website nya ialah “membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak”

inner-peace
ketenangan minda

akpk mempunyai 3 fungsi utama:
1. pendidikan kewangan.. dimana tanggungjawap penggunaan wang dan skil pengurusan kredit diajar kepada individu yang mengikuti program ini.

2. kaunseling kewangan.. dimana kaunselor akpk akan memberi kaunseling dan nasihat secara personal one on one kepada individu berkenaan pengurusan kewangan dan kredit.

3. program pengurusan kredit… dimana apabila bersetuju akpk akan membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka menerusi perbincangan penstrukturan semula kewangan dan kredit dengan agensi atau bank yang terlibat.

akpk tidak memberi pinjaman untuk melangsaikan hutang.

akpk membantu agar individu tidak terbeban dan seterusnya muflis.

dalam kata mudah, akpk ni tgk balik semuaaaa hutang kita yang tertangguh dan mereka akan kira balik semula, jadi minimum payment kita berkurangan tiap bulan tu. 🙂 biar mampu kita bayar! biar bank x call kita hari2 soh bayar! biar bank x anta surat saman kat kita!

itu sebenarnya akpk ni.

images
punca utama bankrap

so… setelah mendengan penerangan oleh kaunselor akpk aktiviti seterusnya adalah memeriksa Central Credit Reference Information System atau kita biasa dengar CCRIS… jadi dlm laporan ccris nie akan keluar segala jenis kekucar kaciran kewangan yang kita hadapi… atau hutang yang masih ada..

lepas cek ccris.. kaunselor akan bagi nasihat.. untuk kita mohon penstrukturan semula kredit yang masih ada.. mengikut kesesuaian dan kemampuan individu… semua masuk online… kita key in satu per satu.. seterusnya.. kita akan berbincang dgn kaunselor… berapa jumlah mampu bayar..

setelah bersetuju.. kaunselor bagi pihak kita akan menghantar proposal kepada agensi yang kita masih mempunyai kredit untuk penstrukturan semula… jangka waktu perbincangan akpk dan agensi/bank ialah 14 hari… setelah itu… akpk akan maklum semula kepada kita berapa jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh kita kepada akpk atau agensi itu sendiri.

jika bersetuju… kita perlu mula pembayaran dalam masa 14 hari… dan ansuran mengikut kitaran sebulan tarikh yang sama setiap bulan…

alhamdulillah… arini rasa lega… sbb penerangan yang jelas oleh akpk… akpk bukanlah satu agensi yang akan melemahkan potensi untuk membuat pinjaman dimasa hadapan… tetapi adalah membantu untuk masa skrang… membantu kita menguasai semula kewangan dan kredit kita…

oleh itu… jangan tunggu sampai bank keluarkan arahan untuk saman atau tindakan undang-undang… jika rasa tidak mampu menanggung kredit skarang.. akpk akan membantu…

untuk maklumat lanjut…
https://www.akpk.org.my/my

#MakeImpact
http://www.afielakhan.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *